Pereka grafik bebas Mohammad Syaffiq Md Zali disekat sebuah portal selepas beliau didakwa menggunakan foto Johan Raja Lawak untuk mendaftar. — Foto ihsan Facebook/Siti Idayu Md ZaliPETALING JAYA, 10 Feb — Seorang lelaki disekat seumur hidup oleh sebuah portal mencari jodoh kerana didakwa menggunakan foto selebriti Johan Raja Lawak.
Mohammad Syaffiq Md Zali, 27, pereka grafik bebas, terkejut dan berulang kali menjelaskan foto itu adalah dirinya selepas mendaftar di portal tersebut, lapor mStar Online.
“[...] lepas 24 jam, portal itu hantar emel meminta saya mengemas kini akaun dan gunakan gambar sendiri,” katanya.
Tidak berkecil hati, malah berasa lucu, beliau kemudian menerima mesej peribadi daripada beberapa wanita selepas kejadian itu tular di media sosial.
Johan juga menghubungi Shaffiq Jumaat lalu dan berseloroh pemuda dari Muar, Johor itu akan mudah dapat jodoh kerana wajah mereka mirip.
Pernah bertemu Johan dalam satu program lawak, Syaffiq berkata pelawak Zizan Razak juga menyebut wajah beliau dan Johan seiras.
Sumber Muka iras pelawak, lelaki disekat daftar portal cari jodoh
0 Response to "Muka iras pelawak, lelaki disekat daftar portal cari jodoh"
Post a Comment