Modi, PM India pertama melawat Tebing Barat

RAMALLAH: Narendra Modi hari ini menjadi perdana menteri India pertama berkunjung ke Tebing Barat yang diduduki sempena pertemuannya dengan presiden Palestin, Mahmud Abbas dalam rangka lawatannya ke Asia Barat.

Lawatan yang dibuat beberapa minggu selepas Modi menjadi tuan rumah kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, dilihat sebagai usaha India untuk mengimbangi hubungan kukuhnya dengan negara Yahudi itu.

Modi dan rombongannya terbang dengan helikopter dari Jordan dan mendarat di ibu pejabat Abbas berhampiran Ramallah, kata seorang wartawan AFP.

Dalam kunjungan singkat itu, pemimpin India dan Palestin itu bersedia membincangkan isu-isu termasuk teknologi maklumat, kesihatan dan pelancongan, sebelum Modi kembali semula ke Jordan.

New Delhi sekian lama menyokong usaha wilayah Palestin membentuk negara dan Modi menyuarakan sokongannya terhadap sebuah negara merdeka yang wujud dengan aman bersama Israel.

Modi menjadi pemimpin India pertama dalam sejarah untuk melawat Israel pada Julai tahun lalu, dengan kedua-dua negara menandatangani perjanjian mengenai keselamatan siber dan tenaga.

Keengganan India untuk menyokong langkah Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel mengecewakan negara itu (Israel) tetapi tetap konsisten menyokong rakyat Palestin.

Selain Tebing barat, lawatan tiga hari Modi juga akan membawa beliau ke Oman dan Emiriah Arab Bersatu (UAE). - AFP



Sumber Modi, PM India pertama melawat Tebing Barat

Related Posts :

0 Response to "Modi, PM India pertama melawat Tebing Barat"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.