Merosot indeks rasuah global, adakah kerajaan dengar, soal TI-Malaysia
KUALA LUMPUR: Wakil badan ketelusan antarabangsa di Malaysia, Transparency International (TI-Malaysia) berkata prestasi buruk negara ini dalam skor Indeks Persepsi Rasuah (CPI) sepatutnya menjadi penggera kepada kerajaan, mengatakan perkembangan terbaharu itu hanya mendorong ranking Malaysia antara 180 negara lain berada pada tahap rendah sepanjang masa.
Presiden TI-Malaysia, Datuk Akhbar Satar turut percaya beberapa kes berprofil tinggi seperti 1MDB, skandal Felda serta Jabatan Air Negeri Sabah menyumbang kepada prestasi buruk Malaysia.
Beliau berkata ranking terkini meletakkan Malaysia secara berterusan jauh dari matlamat Putrajaya untuk mencapai tempat ke-30 dalam tempoh 2 tahun akan datang.
“Ini sepatutnya menjadi ‘penggera’ kita tetapi adakah kerajaan mendengar, atau adakah kedudukan yang sangat menyedihkan ini hanya penjelasan seperti banyak tanda amaran yang lain?” kata Akhbar mengulas CPI 2017 yang dikeluarkan hari ini.
Laporan itu meletakkan Malaysia 7 tangga lebih bawah berbanding tahun sebelum ini, menjadikan negara berada di kedudukan ke-62 daripada 180 negara, iaitu prestasi terburuk sejak 5 tahun lepas.
Malaysia memperoleh markah 47 daripada 100. Walaupun Malaysia muncul di kedudukan ke-3 dalam kalangan 10 negara Asean seperti Singapura dan Brunei, ia masih jauh terkebelakang dari segi markah.
Laporan tahunan CPI berdasarkan tinjauan daripada mereka yang terlibat dalam industri perniagaan, termasuk penganalisis risiko dan orang awam bekerja di negara yang dinilai. Ia berdasarkan sekurang-kurangnya 3 tinjauan bebas berkenaan persepsi di setiap negara. Malaysia menggunakan 9 sumber.
Akhbar berkata sabitan pemimpin PKR Rafizi Ramli di mahkamah baru-baru ini dalam peranannya mendedahkan skandal National Feedlot Corporation (NFC) juga mempengaruhi persepsi ahli perniagaan dan pelabur mengenai komitmen Malaysia terhadap rasuah, sambil menambah mereka “hilang kepercayaan dalam sistem kita”.
Bagaimanapun, beliau memuji Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan berkata usaha agresif badan itu menghentikan kejatuhan berterusan Malaysia dalam ranking global tahunan.
Malaysia merosot dalam indeks rasuah global, terburuk dalam 5 tahun
Sumber Merosot indeks rasuah global, adakah kerajaan dengar, soal TI-Malaysia
0 Response to "Merosot indeks rasuah global, adakah kerajaan dengar, soal TI-Malaysia"
Post a Comment