Menakjubkan! Zaiton Sameon boleh berjalan apabila depan Kaabah: “Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan”

PENYANYI Zaiton Sameon berkongsi pengalaman indah dan satu keajaiban ketika dia mengerjakan ibadah umrah di Makkah baru-baru ini.

Zaiton, 61, berkata, sepanjang berada di Kota Makkah, dia mampu berjalan sepenuhnya dan menyempurnakan ibadah tersebut tanpa sebarang masalah.

Sedangkan semasa bertolak dari Kuala Lumpur, dia terpaksa berkerusi roda.

“Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan dan menyelesaikan tawaf tanpa masalah.

“Ini semua keajaiban daripada Allah. Bersyukur ibadah saya dipermudahkan atas doa semua peminat,” katanya.

Zaiton berkata demikian menerusi Facebook milik pengurus acara, Syed Wafa.

Zaiton dan 23 selebriti veteran terpilih untuk mengerjakan umrah termasuklah Ibnor Riza, Hamid Gurkha, Sulaiman Yassin (Mat Over), Harun Hashim, Mat London, Sahara Yaacob, Shima, Aida Agil, Zaleha Hamid, Ayati Tasrip dan Halil Chik.

Program itu adalah anjuran bersama Pejabat Penasihat Perdana Menteri, Yayasan Mustika Kasih dan Yayasan Perdana Ummah.

Malah, dia turut menyimpan hasrat berkunjung lagi ke Makkah dan mengimpikan untuk terus menetap di sana.

“Saya pertama kali ke Makkah sekitar tahun 1995 dan sejak itu perasaan rindu terhadap Makkah sentiasa ada cuma tiada peluang untuk ke sana.

“Alhamdulillah selepas 23 tahun akhirnya doa saya untuk kembali ke sana akhirnya tercapai. Rasa macam nak pergi sana lagi dan kalau boleh nak menetap terus di Kota Makkah,” katanya.

Sumber: Mstar



Sumber Menakjubkan! Zaiton Sameon boleh berjalan apabila depan Kaabah: “Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan”

Related Posts :

0 Response to "Menakjubkan! Zaiton Sameon boleh berjalan apabila depan Kaabah: “Alhamdullilah… jejak sahaja kaki di Kaabah, saya dan boleh berjalan”"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.