Mahu tembak babi tertembak rakan

BESUT: Seorang tukang rumah cedera di pinggang dan lengan kiri selepas terkena tembakan senapang patah yang dilepaskan rakannya ketika operasi memburu babi hutan.

Kejadian berlaku di  sebuah kebun kelapa sawit di Kg Padang Buloh, Pasir Akar, Jerteh, pada Sabtu.

Ketua Polis Daerah Besut Supt. Mohd Zamri Mohd Rowi berkata mangsa, Mohd Saiful Bahri Sulaiman, 29 tahun bertindak  sebagai pemandu arah bersama dua pegawai Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Besut ke lokasi kira-kira jam 12.30 tengah malam untuk memburu babi hutan selepas menerima aduan penduduk kampung.

Menurut Mohd Zamri  ,mangsa bersama seorang anggota PERHILITAN menunggu di kabin belakang kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux sebelum terlihat babi hutan melintas di hadapan kenderaan kira-kira jam 4.35 pagi.

Pegawai PERHILITAN  terbabit kemudian melepaskan dua das tembakan ke arah babi hutan, namun binatang liar itu tidak mati.

Bagaimapun ketika cuba mengubah kedudukan untuk melepaskan tembakan seterusnya, pegawai terbabit  tergelincir dan terjatuh di dalam kabin dan  tertembak mangsa .

Mangsa yang cedera kemudianya  dikejarkan ke Hospital Jertih.dan  dilaporkan stabil .

Beliau akan dirujuk ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM)  untuk rawatan lanjut berikutan masih terdapat peluru penabur dalam badan mangsa.

Kedua-dua pegawai perhilitan  berusia 28 tahun dan 32 tahun  ditahan bagi membantu siasatan manakala senapang yang digunakan ketika kejadian dirampas.

Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960.



Sumber Mahu tembak babi tertembak rakan

Related Posts :

0 Response to "Mahu tembak babi tertembak rakan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.