Macam tak percaya Marvel pilih

USAHA pereka grafik tempatan Adora Chloe George berkarya berbaloi apabila syarikat hiburan gergasi Amerika Syarikat (AS), Marvel Entertainment memuat naik lukisannya itu di Instagram rasminya.

Adora, 28, berpangkalan di sini tidak menyangka lukisannya dipilih Marvel dan mengakui melukis karakter Shuri dalam filem Black Panther berkenaan secara suka-suka.

“Sewaktu menonton filem itu pada 13 Februari lalu, saya sangat tertarik dengan karakter Shuri yang lucu, nakal, dan sinis. Jadi saya mengambil keputusan untuk melukis karakter itu walaupun awalnya mahu melukis karakter Okoye terlebih dulu.

“Memang tidak sangka langsung Marvel pilih lukisan itu padahal niat asal memang mahu berkongsi karya saya saja. Saya tidak tag Marvel langsung pun cuma letakkan tanda pagar #blackpanther #blackpantherfanart,” katanya.

Menurut Adora, dia mengetahui perkara itu keesokan harinya sebaik melihat notis daripada beberapa pengikutnya di media sosial.

“Sebaik bangun tidur, seperti biasa saya memeriksa dan membaca setiap notis di media sosial. Beberapa pengikut di Twitter dan Instagram tag saya mengenai perkara itu.

“Memang sangat terkejut dan serta-merta saya melompat dari katil,” katanya.

Secara tidak langsung, Adora yang turut menjalankan perniagaan cenderahati bersyukur hal itu membuka mata ramai terhadap hasil kerjanya.

“Daripada pihak Marvel sendiri, mereka tiada menghubungi saya mengenai perkara itu. Bagaimanapun, pengikut saya di media sosial kian bertambah sejak lukisan itu dikongsi,” katanya.

Karya Adora itu antara lapan lukisan peminat seluruh dunia yang dikongsi Marvel di laman itu.

Sehari selepas dimuat naik, entri berkenaan menerima lebih 164,000 likes.



Sumber Macam tak percaya Marvel pilih

0 Response to "Macam tak percaya Marvel pilih"

Post a Comment