Lee Joon Cuba Bunuh Diri Dalam Kem Tentera?

Penyanyi dan pelakon Lee Joon yang kini sedang menjalani latihan khidmat ketenteraan di kem latihan mengejutkan ramai peminat selepas dikatakan cuba membunuh diri.

Media Seoul Shinmun melaporkan bahawa Lee Joon telah bercakap dengan seorang pegawai atasan dan menunjukkan kepada mereka pergelangan tangannya serta memaklumkan kepada mereka bahawa dia telah cuba membunuh diri.

Bekas anggota kumpulan Mblaq itu kemudian dilaporkan telah dibawa ke program Green Camp tentera, iaitu sebuah program pendidikan untuk tentera yang mengalami masa yang sukar untuk menyesuaikan diri dengan kehidupan tentera.

Sementara itu agensi Lee Joon, Prain TPC telah mengeluarkan kenyataan rasmi bagi menafikan semua laporan yang mendakwa pelakon tersebut telah cuba membunuh diri.

"Laporan bahawa Lee Joon memberitahu pegawai atasan tentera bahawa beliau cuba untuk membunuh diri serta menunjukkan pergelangan tangannya atau beliau dikatakan menjalani Green Camp sebenarnya paslu.

"Kami telah mengesahkan perkara ini melalui keluarga Lee Joon. Keluarga Lee Joon juga dikhabarkan sangat terkejut dengan laporan asal yang diterbitkan, dan kami memohon agar media tidak memperbesarkan serta memanjangkan perkara ini demi menghormati Lee Joon dan keluarganya.”

Lee Joon atau nama sebenarnya Lee Chan Soon, 30, telah memulakan latihan ketenteraan pada Oktober 2017 lalu dan sejak itu telah ditugaskan ke Batalion ke-8 dengan mendapat pujian kecemerlangan dari program latihan asas ketenteraan. Dia akan menamatkan perkhidmatan ketenteraannya pada 23 Julai 2019.



Sumber Lee Joon Cuba Bunuh Diri Dalam Kem Tentera?

0 Response to "Lee Joon Cuba Bunuh Diri Dalam Kem Tentera?"

Post a Comment