KKM gesa orang ramai henti guna 3 produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinoin

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang ramai berhenti menggunakan tiga jenis produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual jenis merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang boleh menjejaskan kesihatan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) KKM mengesan tiga produk iaitu GG Pinky Day Cream For Skin, Tati Therapy Cream 1 dan Tati Therapy Cream 2 mengandungi tiga jenis racun berjadual itu.

KKM gesa orang ramai henti guna 3 produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinoin

KKM gesa orang ramai henti guna 3 produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinoin

Katanya, GG Pinky Day Cream For Skin dan Tati Therapy Cream 1 dikesan mengandungi merkuri manakala Tati Therapy Cream 2 dikesan mengandungi hydroquinone serta tretinoin.

“Justeru, kita minta orang awam yang sedang menggunakan produk berkenaan supaya segera menghentikan penggunaannya dan dapatkan nasihat ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Tambah beliau, produk kosmetik yang dicampur dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana racun itu menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang serta sistem saraf. “Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak kecil atau yang belum dilahirkan manakala kemudaratan pendedahan kepada merkuri juga boleh dialami orang sekeliling terutama bayi dan kanak-kanak apabila produk kosmetik mengandungi merkuri yang disapu pada kulit itu meruap dan dihidu,” katanya.

Tambah beliau, penggunaan produk mengandungi merkuri juga boleh menyebabkan ruam, rengsa dan perubahan lain pada kulit.

“Produk kosmetik yang dicampur dengan hydroquinone pula boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan penggunaan bahan ini boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.

Tambah beliau, bahan tretinoin yang biasanya dipromosi untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

“Produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

“Kita beri amaran kepada penjual dan pengedar tiga produk kosmetik ini supaya menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta kerana jika tidak, ia melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984,” tegas beliau.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik, boleh menghantar e-mel kepada kosmetik@npra.gov.my atau menghubungi talian 03-78835400.

Pengguna dan orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman Web rasmi NPRA di http://npra.moh.gov.my/.

Sumber: Metro



Sumber KKM gesa orang ramai henti guna 3 produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinoin

0 Response to "KKM gesa orang ramai henti guna 3 produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual merkuri, hydroquinone dan tretinoin"

Post a Comment