Jujurnya Penat Berlakon Dengan Bakat Baharu, Luah Remy Ishak

PELAKON Remy Ishak mengakui pengalaman berlakon bersama pendatang baharu merupakan salah satu cabaran sepanjang bergelar anak seni.

Remy atau Mohamad Zalimie Ishak, 35, memberitahu kekurangan ilmu dan pengalaman mereka menjadikan proses penggambaran sedikit meletihkan.

"Sejujurnya, penat juga berlakon dengan bakat baharu ini sebab mereka mungkin kurang pengalaman dan ilmu mengenai seni lakon.

"Kebanyakan bukan datang daripada bidang ini dan perlukan sedikit masa untuk memperbaiki mutu lakonan.

"Saya pun pernah bergelar pelakon baru, cumanya saya beruntung dapat belajar dengan ramai senior mengenai industri," katanya.

Sementara itu, hero drama Kekasih Paksa Rela ini berkata kebanyakan pelakon baharu lebih selesa dengan hal sendiri dan tidak menggunakan peluang mempelajari teknik lakonan dengan pelakon senior.

Bagaimanapun, Remy tidak menyalahkan mereka kerana percaya perasaan gementar pasti akan timbul apabila berhadapan 'orang lama' sehinggakan mereka lebih selesa menyendiri.

"Biasanya pelakon baru buat hal sendiri saja di set penggambaran. Kalau mereka tak tanya kita pun diam sajalah.

"Saya faham perasaan gementar apabila jumpa orang lama dalam industri dan tak marahkan mereka.

"Itu normal sebagai pendatang baharu, cumanya harap selepas ini mereka menjadi lebih baik dan belajar lagi," ujarnya.

Dalam pada itu, Remy berkata dia tiada masalah jika digandingan bersama pelakon baharu di masa akan datang.

Namun, dia perlu melihat terlebih dahulu naskhah yang ingin dibawa dalam drama atau filem tersebut.

"Saya bersikap terbuka untuk berlakon dengan sesiapa sahaja kerana percaya masing-masing ada kemahiran tersendiri.

"Cumanya ada ketika saya perlu tengok dahulu naskah apa yang ditawarkan, kalau karya ringan tak apa, untuk produk yang lebih berat saya perlu tahu siapa gandingan terlebih dahulu," ujarnya.



Sumber Jujurnya Penat Berlakon Dengan Bakat Baharu, Luah Remy Ishak

Related Posts :

0 Response to "Jujurnya Penat Berlakon Dengan Bakat Baharu, Luah Remy Ishak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.