PETALING JAYA: Bunuh teman wanita, kemudian bawa mayatnya ke balai polis untuk serah diri.
Insiden ini berlaku di Balai Polis Petaling Jaya selepas seorang lelaki didapati menikam kekasihnya di tempat parkir sebuah pusat beli belah di Kota Damansara sekitar jam 1.30 tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din, lelaki berusia 37 tahun itu datang ke balai polis bersama mayat teman wanitanya di dalam kereta jenis Honda City yang dipandu suspek.
“Dia telah masuk ke ruang pejabat kaunter aduan kita dan memaklumkan dia telah membunuh teman wanitanya.
“Jadi anggota polis bertugas telah buat pemeriksaan dan memang ada mayat seorang wanita dalam kereta tersebut dan lelaki tersebut serta merta ditahan,” katanya.
Mayat mangsa masih lengkap berpakaian berada di tempat duduk penumpang bahagian hadapan dengan kesan tikaman pada leher.
Siasatan awal mendapati mangsa berusia 35 tahun yang juga merupakan rakan sekerja suspek dibunuh menggunakan sejenis senjata tajam yang ditemui dalam kereta tersebut.
Motif kejadian masih disiasat, namun dipercayai ada kaitan dengan hubungan cinta antara mereka berdua.
Mayat mangsa dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Sumber
Jenayah asmara? Lelaki tikam mati kekasih, mayat dibawa ke balai polis
Related Posts :
‘Ratu masuk pertandingan’ kel4m k4but tunjuk piala, ibu tak sangka ramai minta tip gilap bakat anakKEL4M k4but masuk ke dalam kereta gara-gara mahu menunjukkan piala yang dimenangi kepada ibu bapanya, telatah g4dis cilik ini benar-benar me… Read More...
Makcik Bawang ‘Ser4ng’ Maryam Keluar Rumah Pakai Seluar & Tak Ikat Rambut, Ernie Zakri Datang ‘Back Up’ – ‘Dia Kan Korea Mana Boleh Dip4ksa Adat Kita’Pasangan Youtuber terkenal, Ryzal Ibrahim dan Maryam Younarae dari DurianKimchi tidak asing lagi di platform media sosial. Pada 21 Oktober l… Read More...
Gadis ini dah tak takut gelaran ‘beauty with brain’ selepas cemerlang tamat pengajian, kongsi rahsia dapat ‘dekan’ setiap semesterPERJALANAN yang dilalui gadis ini demi menggenggam segulung ijazah tidaklah semudah yang disangka.
Menurut Nur Aizureen Natasya Zulkifli, di… Read More...
“Besar pahala guru” – [Video] Netizen Kagum Tengok Guru Sabar ‘Guide’ Pelajar 0KU Di SekolahMenjadi pendidik ini memang satu kerjaya yang murni, disebabkan mereka, kita tak ada ditempat kita sekarang ni.
Tidak kira dengan cara tegas… Read More...
“Saya Segan & Malu Nak Ambil Duit” – Bad Indigo Tak Sanggup Terima Bantuan? Masih Fikirkan Nasib…Biarpun diuji dengan penyakit diabetis serta memegang kad Orang Kurang Upaya (0KU), penyanyi dan anggota kumpulan Indigo, Bad mengaku terbit… Read More...
0 Response to "Jenayah asmara? Lelaki tikam mati kekasih, mayat dibawa ke balai polis"
Post a Comment