Meskipun mendapat sambutan hangat, namun filem arahan Ryan Coogler itu tidak sepenuhnya diterima di beberapa negara dan salah satunya ialah India.
Ini kerana ada salah satu perkataan dalam filem tersebut yang disensor. Kata tersebut disensor pada babak pertarungan adat antara T'Challa (lakonan Chadwick Boseman) dengan M'Baku (lakonan Winston Duke).
Perkataan itu adalah "Hanuman" (Dewa Kera). Kata tersebut disensor ketika M'Baku mengucapkan "Glory to Hanuman (Hidup Hanuman)". Bukan saja dialog itu yang disensor malah teks terjemahan yang muncul di layar juga dikaburkan.
Pihak penapisan filem India, CBFC, melakukan hal itu sebagai maklum balas respon negatif daripada salah satu agama. Ia kerana "Hanuman" merupakan salah satu Dewa suci yang disembah oleh agama Hindu.
Sementara itu, sebilangan penonton di India meluahkan rasa keliru dan bingung dengan keputusan CBFC kerana merasakan filem tu tidak menyinggung budaya dan kepercayaan mereka.
Sebelum ini, Black Panther menjadi bualan penonton di Malaysia juga di Indonesia ekoran fesyen pakaian yang digayakan T'Challa yang dijangka akan menjadi inspirasi pakaian untuk fesyen untuk hari raya nanti.
Tidak hanya itu, sebuah bandar di Atlanta, Hartsfield-Jackson, menawarkan penerbangan 'menuju; ke destinasi Wakanda. Hal itu tular selepas sekeping foto pengumuman penerbangan ke n dimuat naik menerusi akau Twitter.
"Bagasi sudah siap #WakandaForever," tulis pihak bandar tersebut.
..
Posting tersebut mendapat pelbagai reaksi pengguna Twiiter yang rata-rata menyifatkan ia sebagai lucu. Malah pihak bandar berkenaan membalas komen netizen dengan kenyataan yang lucu.
Pihak bandar Atlanta memang sengaja membuat tribute untuk Wakanda berikutan beberapa adegan dalam filem Black Panther menjalani penggambaran di kota itu.
Sumber India Sensor 'Black Panther' Gara-gara Perkataan Ini
0 Response to "India Sensor 'Black Panther' Gara-gara Perkataan Ini"
Post a Comment