Ikon ‘Mat Salleh’ Terengganu, Mat Dan dapat status PR

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bakal memberi status PR kepada Mat Dan pada perasmian Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak 26 Februari 2018. — Foto BernamaDatuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bakal memberi status PR kepada Mat Dan pada perasmian Ekspo Terengganu 2018 di Perkarangan Kompleks Sukan Negeri Gong Badak 26 Februari 2018. — Foto Bernama

KUALA NERUS, 26 Feb — Selebriti ‘Mat Salleh’ dan pengacara Mat Dan mendapat status Penduduk Tetap (PR) selepas sembilan tahun menetap di Malaysia.

Mat Dan, 29, atau nama Muhammad Kareef Daniel Abdullah diangkat sebagai ikon Terengganu apabila membantu mempromosikan produk dan pelancongan negeri itu, lapor Harian Metro.

Perkara itu diumumkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semasa majlis perasmian Ekspo Terengganu di Kompleks Sukan Negeri di Kuala Nerus petang tadi.

“Alhamdulillah saya sangat bersyukur dengan pengumuman ini dan sama sekali tidak menyangka.

“Memang menjadi impian saya untuk mendapat status (PR) ini kerana sejak datang ke Malaysia dan Terengganu pada 2009, saya sudah jatuh cinta dengan negara dan negeri penyu ini,” katanya.

Ahmad Zahid dalam sidang media berkata jejaka kelahiran Bristol, England itu memenuhi syarat dan kelayakan untuk memegang status PR.

“Kita sudah meneliti status keselamatan dan sumbangannya membantu mempromosi produk Terengganu serta kriteria lain,” katanya.

Pemilik nama sebenar Daniel Tyler mula mengembara ke Pulau Kapas pada usia 20 tahun dan belajar budaya tempatan, membuatkannya terkenal apabila fasih bertutur dialek Terengganu.

Beliau kini pengacara rancangan televisyen pengembaraan dan pelancongan Mat Dan Kaki Jalan dan Haramain Backpackers — Trans Siberian, selain berlakon beberapa drama dan sitkom.



Sumber Ikon ‘Mat Salleh’ Terengganu, Mat Dan dapat status PR

0 Response to "Ikon ‘Mat Salleh’ Terengganu, Mat Dan dapat status PR"

Post a Comment