Hijab adalah pilihan saya, cara saya nyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan - Mizz Nina

KUALA LUMPUR: Sempena Hari Hijab Sedunia, Mizz Nina antara selebriti yang tidak ketinggalan menyatakan sokongan beliau terhadap kempen ini menerusi akaun media sosial, Instagram hari ini.

Menurut Mizz Nina, 2018 merupakan tahun kelima beliau mengenakan hijab malah bersyukur dengan perubahan positif dirinya sebagai wanita Islam bertudung.

“Saya ingin menyatakan tanda cinta dan sokongan saya kepada semua wanita di seluruh dunia yang berjuang setiap hari untuk mencari kasih sayang Tuhan dan berbangga dengan identiti mereka sebagai Muslim seperti saya juga.

“Hijab adalah pilihan saya, cara saya menyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan, pemakaian saya yang melindungi saya dan orang tersayang saya dari bahaya, seolah saya berjalan yakin dengan kecantikan yang sederhana ini sebagai mahkhota, tulus dari hati dan hanya untuk Tuhan yang Esa,” luah Mizz Nina menerusi akaun Instagram beliau.

Netizen turut memuji keberanian Mizz Nina malah mendoakan selebriti ini akan terus konsisten dalam mengenakan hijab sebagai identitinya.

Hari Hijab Sedunia merupakan satu inisiatif bagi membanteras pandangan negatif dan diskriminasi terhadap wanita Islam bertudung di seluruh dunia.



Sumber Hijab adalah pilihan saya, cara saya nyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan - Mizz Nina

Related Posts :

0 Response to "Hijab adalah pilihan saya, cara saya nyatakan cinta dan penyerahan kepada Tuhan - Mizz Nina"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.