Sebaliknya, katanya, gangguan seksual merupakan satu perlakuan jenayah dan ia satu bentuk penderaan mental.
“Di Malaysia, kita dapati bahawa gangguan seksual tidak diambil berat kerana ia dianggap ia satu kesalahan yang biasa sahaja.
“Tetapi mereka lupa bahawa gangguan seksual ini merupakan salah satu bentuk penderaan yang boleh dihukum di bawah Kanun Keseksaan dan boleh dibicarakan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Akhbar merujuk kepada kedudukan Malaysia dalam Indeks Kemadanian Digital Tahunan Kedua (DCI).Laporan itu menunjukkan, 28 peratus rakyat Malaysia terdedah kepada gangguan seksual di Internet manakala 29 peratus responden mendakwa mangsa mengenali pemangsa yang terdiri daripada ahli keluarga dan kenalan rapat.
DCI turut mencatat 22 peratus rakyat Malaysia pernah dibuli dan 20 peratus pernah ditipu melalui internet.
Kajian melibatkan remaja berusia 13 hingga 17 tahun manakala orang dewasa berusia 18 hingga 74 tahun.
Baginya, masyarakat perlu bersuara dalam hal ini bagi mengelak ancaman siber menjadi semakin serius sehingga mengancam keselamatan.
Kajian Universiti Malaya yang melibatkan tinjauan sentimen di 12 kawasan Parlimen mendapati isu jenayah dan keselamatan adalah perkara kedua yang amat dikhuatiri ketika ini selepas isu gaji dan peluang pekerjaan.
Sementara itu, laporan Institut Keselamatan Awam Malaysia (IPSOM) pula menyatakan isu jenayah dan keganasan adalah isu keempat paling dikhuatiri rakyat Malaysia selepas isu kawalan imigresen, tadbir urus dan pengangguran.
Sumber Gangguan seksual dosa besar tetapi dianggap perkara biasa
0 Response to "Gangguan seksual dosa besar tetapi dianggap perkara biasa"
Post a Comment