Datuk Rohana Rozhan bakal terima Anugerah TV Antarabangsa

KUALA LUMPUR: Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Datuk Rohana Rozhan akan dianugerahkan Pencapaian Cemerlang dalam Anugerah TV Antarabangsa di Marché International des Program de Télévision (MIPTV), yang akan diadakan pada 9 April 2018 di Palais des Festivals, Cannes, Perancis.

Anugerah ini diberikan kepada individu yang mempamerkan kepimpinan, kreativiti dan inovasi, dan yang mengubah pasaran televisyen global.

Tahun ini buat pertama kalinya pemenang anugerah tersebut dari Asia Tenggara, dan seorang wanita. Anugerah penghormatan yang sama yang diberikan termasuk: Gilles Pelisson, Ketua Pegawai Eksekutif, TF1; Jeremy Darroch, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Sky; Anke Schaeferkordt dan Guillaume de Posch, co-CEO Kumpulan RTL; dan, Adam Crozier, Ketua Pegawai Eksekutif ITV.

MIPTV merupakan pasaran utama dan TV digital terkemuka di peringkat antarabangsa.

Setiap April, lebih 10,000 profesional  dari stesen televisyen antarabangsa ekosistem hiburan digital bertemu untuk melancarkan dan menemui kandungan baru, menjalinkan kerjasama, membuat rundingan tentang perjanjian kewangan dan pengedaran dan meneroka trend terkini.

Ia akan berlangsung pada 7 hingga 8 April dengan beberapa acara seperti dunia, persidangan dan pengeluaran bersama untuk komuniti faktual, dan MIPFormats, penemuan pameran untuk komuniti format global.



Sumber Datuk Rohana Rozhan bakal terima Anugerah TV Antarabangsa

Related Posts :

0 Response to "Datuk Rohana Rozhan bakal terima Anugerah TV Antarabangsa"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.