Cuaca Panas Akibat Ekuinoks? Ini Penjelasan METMalaysia

Cuaca Panas Akibat Ekuinoks? Ini Penjelasan METMalaysia

Cuaca panas begini anda perlulah sentiasa minum air lebih. ( Gambar: toolbarn)

Penghujung tahun lalu negara kita dilanda bencana alam dengan beberapa negeri dilanda banjir. Paling terjejas teruk adalah Pulau Pinang.

Kejadian bah sebegini muncul secara tidak diduga. Namun, kebiasannya ia tiba pada monsun timur laut dari November hingga Januari.

Selesai musim hujan, tiba pula musim panas dan begitulah keadaan cuaca dihadapi di Malaysia.

PERALIHAN NORMAL, BELUM TIBA UNTUK EKUINOKS

Anda pasti terasa perubahan cuaca yang makin panas.
Namun, jika diperhatikan sejak kebelakangan ini, cuaca di Malaysia seakan mula panas biarpun ketika waktu malam.

Malah, ada antaranya menganggap negara kita kini berdepan dengan fenomena Ekuinoks.

Untuk makluman anda, Ekuinoks adalah satu fenomena apabila matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa.

Kejadian ini menyebabkan cuaca lebih panas dan tempoh siang di kawasan Khatulistiwa lebih panjang daripada biasa.

Fenomena ini biasa berlaku dua kali dalam setahun iaitu pada Mac dan September. Jadi, adakah benar Malaysia tidak terkecuali sudah dilanda Ekuinoks?

Menurut Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), Alui Bahari, masih terlalu awal untuk mengatakan cuaca panas pada waktu ini berikutan fenomena Ekuinoks.

Jelasnya, apa yang berlaku ketika ini adalah disebabkan proses perolakan.

“Selalunya fenomena Ekuinoks berlaku di negara ini dua kali dalam setahun iaitu pada 20 Mac dan 23 September,” katanya seperti dilaporkan Harian Metro.

CUACA NORMAL TIDAK TERLALU PANAS

Matahari berada tepat pada garisan Khatulistiwa.
Selain itu, METMalaysia menyatakan tiada lokasi dikesan sebagai titik panas di Malaysia memandangkan waktu Monsun Barat Daya belum bermula yang dijangka pada Mei atau Jun.

Ketika ini cuaca boleh dikatakan bagus kerana tidak terlalu lembap dan tidak terlalu panas. 

Cuaca setakat ini dicatatkan sekitar 32 darjah celcius. 
 



Sumber Cuaca Panas Akibat Ekuinoks? Ini Penjelasan METMalaysia

0 Response to "Cuaca Panas Akibat Ekuinoks? Ini Penjelasan METMalaysia"

Post a Comment