“Bukan Semua Yang Saya Ceburi Berjaya, Ada Yang Gagal” – Aliff Syukri

“Bukan Semua Yang Saya Ceburi Berjaya, Ada Yang Gagal” – Aliff Syukri

Rebut peluang yang ada. (Pic: Instagram @aliffsyukriterlajaklaris)

Kalau ada yang melabelkan beliau tamak sekalipun, itu takkan menjadi kudis buat ahli perniagaan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri. Pendek kata, semua bidang mahu dilakukan mogul bisnes yang terkenal dengan tagline Terlajak Laris itu.

Isteri yang sentiasa di sisi.

Tak hanya semata-mata di arena bisnes, dia kemudiannya menjadikan platform dikenali dan popular di media sosial untuk jadi artis pula. Sekarang ini, umum tahu suami kepada anggota nasyid kumpulan Soleha, Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid sudah jadi pelakon dan penyanyi.

Nyanyiannya menerusi single pertama Abang Nak Tegur ciptaan Edry Abdul Halim turut menampilkan Nur Sajat dan juga isteri tersayang juga mendapat perhatian selain menjadi kecaman netizen. 15 Februari lalu filem sulung lakonannya, Badang pula ditayangkan bergandingan dengan Fasha Sandha.

Selain menyanyi, kini berlakon.

Buat bisnes pun bukan setakat produk kosmetik dan kesihatan, dia juga pernah menjual baju dan terbaru sejak setahun lalu menampilkan tudung di bawah koleksi AliffbySha. Baru-baru ini koleksi tudung itu dinaik taraf menampilkan lima wanita berpengaruh terdiri daripada isterinya, Nabila Razali, Joy Revfa, Uyaina Arshah dan Nadia Annuar.

Lima model koleksi tudung.

Tak terhenti di situ, orang buka restoran, dia pun lancar Romah Makan Terlajak Laris di Kota Damansara.

“Kehidupan ini orang nak cakap saya tamak atau tidak itu terpulanglah. Saya lihat diri ini macam biskut. Lama-lama akan jadi lemau. Begitu juga jangka hayat kita pun tak lama. Jadi peluang ada depan mata, saya ambil saja. Orang nak cakap saya opportunist, tak kisahlah. Sementara masih laku ini, saya buat sajalah apa yang boleh mendatangkan manfaat.

Buka restoran.

“Bukan semua yang saya ceburi dan buat itu berjaya. Macam dalam perniagaan pun ada yang saya gagal. Dalam skala 10 perniagaan, boleh kira tiga daripadanya saya gagal. Perniagaan baju lelaki saya pun musnah. Mungkin juga golongan lelaki ini kedekut nak belanja duit beli baju. Mujur saya buat perniagaan tudung sejak setahun lalu dapat perhatian pula. Alhamdulillah.

Suka memasak.

“Macam berlakon dan bernyanyi ini saya ditawarkan peluang itu. Daripada suka-suka ia mendatangkan hasil. Macam restoran pula saya memang suka memasak. Itu antara passion saya selain fesyen dan perniagaan serta mengemas rumah,” katanya kepada Rojak Daily Kaw!

Bermula dengan menjual pada kawan-kawan.

“Macam restoran pun sebenarnya nak dibuka sejak dua tahun lalu. Tapi masa itu tak ada keberanian. Saya hanya jual produk buatan sendiri seperti sambal kering dan sambal bilis contohnya. Tapi masa itu saya tak hebahkan pun. Jadi orang tak tahu saya yang masak pun. Saya buat suka-suka. Masak dan jual kepada kawan-kawan. Saya buat Cash on Delivery.

Pelbagai juadah tersedia.

“Berbekalkan modal terkumpul RM10,000, saya rolling duit itu untuk buka restoran ini. Duit modal restoran ini saya tak kacau pun pun daripada duit perniagaan D’Herbs. Sebelum ini bangunan restoran itu saya sewakan. Kemudian terfikir daripada disewakan lebih baik saya guna untuk manfaat sendiri.

“Kalau boleh saya nak jenamakan kedai makan ini seperti kopitiam yang ada banyak cawangan. Saya jual harga pun range berpatutan. Bermula dari RM1. Tak mahal pun. Saya rangka dalam tiga tahun lagi nak ada 12 cawangan. Saya nak jual lesen restoran itu kepada orang lain,” katanya.



Sumber “Bukan Semua Yang Saya Ceburi Berjaya, Ada Yang Gagal” – Aliff Syukri

Related Posts :

0 Response to "“Bukan Semua Yang Saya Ceburi Berjaya, Ada Yang Gagal” – Aliff Syukri"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.