Kapal berkenaan pernah mengalami situasi sama pada 3 Jun tahun lalu sebelum berjaya ditegakkan oleh anggota TLDM. - Foto ihsan Twitter/Angry Veteran @ShaifulMYLUMUT, 20 Feb — Bekas kapal Diraja (KD) Rahmat atau Ex KD Rahmat yang berjaya ditegakkan daripada keadaan senget selepas mengalami kebocoran di persisiran pantai berhampiran Marina Waterfront tahun lepas, didapati kembali senget sejak semalam.
Tinjauan Bernama di lokasi mendapati kerja-kerja mengepam keluar air dari bahagian bawah buritan kapal giat dilakukan oleh sekumpulan pekerja.
Usaha Bernama untuk mendapatkan penjelasan daripada pihak berkaitan termasuk Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) gagal.
Kapal berkenaan pernah mengalami situasi sama pada 3 Jun tahun lalu sebelum berjaya ditegakkan semula oleh anggota TLDM dan pihak berkenaan dalam tempoh tiga hari menerusi kerja-kerja pengepaman air selama 24 jam tanpa henti.
Kapal berkenaan yang dilucut tauliah oleh TLDM dijadikan muzium terapung dan dibuka kepada orang ramai sejak 2011. — Bernama
Sumber Belum setahun, bekas kapal TLDM senget semula
0 Response to "Belum setahun, bekas kapal TLDM senget semula"
Post a Comment