KUCHING: Mahkamah Majistret di sini hari ini membebaskan dua pemain Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) dan seorang lelaki dipercayai 'bookie' yang sebelum ini ditahan reman bagi membantu siasatan berhubung kes mengatur perlawanan Liga Premier.
Perintah pembebasan itu dikeluarkan Majistret Sandy Yvette Freddy dengan jaminan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Ketiga-tiga lelaki itu yang berumur lingkungan 28 hingga 34 tahun sebelum ini direman enam hari bermula 15 Feb bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 16(a) Akta SPRM 2009 kerana dipercayai terlibat mengaturkan perlawanan antara Sarawak menentang Felcra FC pada 10 Feb.
Hasil siasatan SPRM sepanjang enam hari tempoh reman terhadap ketiga-tiga suspek mendapati, tiada bukti yang kukuh untuk menuduh mereka terlibat.
Ketiga-tiga mereka diwakili masing-masing oleh peguam Ahmad Dzulfadli Abang Hamdan, Saifunnizam Sam dan Irawan Sudarsono manakala SPRM diwakili Pegawai Penyiasat SPRM Dzulkarnain Rousan Hasbi.
Sebelum ini, Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) Datuk Posa Majais pernah mendedahkan bahawa terdapat beberapa dalang yang disyaki menjadi punca kekalahan pasukan itu pada perlawanan tersebut.
Keputusan perlawanan itu pada mulanya memihak kepada Sarawak dengan jaringan 2-0, sehingga pada minit ke-85 pasukan lawan berjaya menjaringkan gol, sekali gus menghasilkan kemenangan sehingga mendahului 3-2.
Susulan kekalahan tersebut, Posa mengarahkan pengurus pasukan Kol (PA) Wahab Abdul Rahim melancarkan siasatan terhadap pasukannya serta turut memohon SPRM membantu menangani kes ini.
Sumber
Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM
Related Posts :
Isu JAIS ceroboh rumah Faye Kusairi: “Walaupun dah betulkan pintu tapi saya tetap nak ‘ajar’ JAIS” – FayeFaye Kusairi bercadang meneruskan tindakan undang-undang terhadap Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) yang menceroboh rumah keluarganya bula… Read More...
'Kalau Hang Masuk Wad Lagi, Aku Ceraikan Hang!'Pengorbanan seorang ayah, sanggup berkorban apa sahaja demi anak yang terlantar sakit. Pakcik ini adalah client kami hari ini. Dia datang bu… Read More...
TMJ cadang mereka yang tidak senang hati dengan Johor, minta najib pisahkan Johor dari MalaysiaIni merupakan pesanan dari Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim buat mereka yang tidak senang dengan negeri Johor. Bac… Read More...
Ibu tikam, kerat sebahagian tubuh 3 anaknya dan sumbat dalam almariSeorang wanita didakwa menikam dan mengerat tiga anaknya sebelum bertindak membunuh diri, lapor DailyMail.
Octavia Rogers, 29, didakwa membu… Read More...
“Arwah suami tak sempat cabut gigi, baru masuk bius” – Datuk Nurulhidayah, anak Zahid HamidiAllahyarham menantu timbalan perdana menteri tidak sedarkan diri sebelum sempat mencabut gigi di sebuah klinik swasta di Bangsar, Kuala Lump… Read More...
0 Response to "Atur perlawanan: Tiga lelaki bebas dengan jaminan SPRM"
Post a Comment