Asmaradana di atas ais cetus sensasi internet

GELAGAT pasangan luncur ais berbunga (figure skating), Tessa Virtue dan Scott Moir, yang umpama berasmaradana di gelanggang ais Sukan Olimpik Musim Sejuk di Pyeongchang kelmarin, mencetuskan sensasi internet.

Malah, kalau ada yang harus paling diingati daripada temasya kali ini, ia tidak lain daripada apa yang berlaku di Gangneung Ice Arena itu, tempat berlangsungnya acara tarian ais ‘short dance’ dan ‘free dance’ yang terus menjadi tular hingga ke hari ini.

Mula-mula ia menimbulkan gempar apabila Gabriella Papadakis, yang berpasangan dengan Guillaume Cizeron selaku wakil Perancis, terlucut blausnya ketika beraksi hingga menampakkan sebelah payudaranya. Papadakis meneruskan persembahannya hingga tamat seolah-olah tiada apa yang berlaku.

Namun, harus tiada yang dapat mengatasi persembahan pasangan Virtue dan Moir yang diiringi lagu Roaxanne" dan "Come What May" daripada runut bunyi filem Moulin Rouge itu, sehingga seorang penulis blog deadspin.com, Barry Petchesky, bersumpah bahawa ia hampir kepada simulasi perlakuan seks di atas permukaan ais yang menjadi tontonan berjuta-juta di seluruh dunia.

Dua hari selepas persembahan memukau mereka dalam acara final tarian bebas  itu, keintiman pasangan dari Kanada itu terus menjadi tular di seluruh dunia hingga menarik jutaan untuk menonton rakaman acara berkenaan buat kali pertama.

Virtue dan Moir memenangi pingat emas dengan catatan rekod dunia 206.07 mata – mengatasi rekod dunia 205.28 yang dilakukan pasangan Papadakis-Cizeron hanya beberapa minit sebelum persembahan mereka.

Virtue dan Moir telah mencairkan hati ramai penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang dengan rutin mereka yang romantis dan mengghairahkan. REUTERS

Tontonan klip video persembahan mereka menerusi Youtube mencatat angka ratusan ribu, dengan ramai yang berbuat demikian selepas ia menjadi heboh – barangkali sebahagian besar mereka bukan pun peminat luncur ais berbunga!

Apa yang menjadi tular di media sosial boleh dirumuskan sebagaimana berikut:

•    Virtue dan Moir telah mencairkan hati ramai penonton Sukan Olimpik Musim Sejuk Pyeongchang dengan rutin mereka yang romantis dan mengghairahkan;
•    Bersama-sama, mereka telah menonjolkan diri selaku atlet paling diraikan dalam sejarah temasya berkenaan dengan keintiman yang terserlah;
•    Virtue dan Moir telah berganding selaku pasangan luncur ais berbunga sejak kanak-kanak lagi yang mendorong pengguna Twitter mencadangkan agar kedua-duanya berpacaran atau berkongsi sebagai teman hidup;
•    Kedua-duanya bertegas bahawa hubungan mereka tidak lebih sebagai atlet, namun ramai yang enggan mempercayai mereka;
•    Virtue, 28, dan Moir, 30, memiliki lebih keintiman dalam satu persembahan sekitar empat minit daripada keseluruhan filem trilogi ‘50 Shades’ yang didasarkan kepada novel erotik oleh E. L. James.

Peminat Sukan Olimpik Musim Sejuk sebelumnya digemparkan oleh permusuhan dua peserta luncur ais berbunga Amerika Syarikat, Tonya Harding dan Nancy Kerrigan, menjelang Sukan Olimpik Musim Sejuk Lillehammer 1994.

Gabriella Papadakis, yang berpasangan dengan Guillaume Cizeron selaku wakil Perancis, terlucut blausnya ketika beraksi. REUTERS

Bekas suami Harding telah mengupah seseorang untuk mencederakan Kerrigan dengan niat menghalangnya bertanding. Namun, Kerrigan sempat pulih untuk memenangi pingat perak dalam temasya itu sambil Harding hanya mendapat tempat kelapan.

Di sebalik permusuhan Harding-Kerrigan itu diabadikan dalam filem bertajuk “I, Tonya” tahun lalu, ia tidak akan dapat mengatasi kisah ‘asmara’ Virtue-Moir ini.

Salah satu rutin mereka dalam acara akhir itu yang menyaksikan Virtue duduk di atas bahu Moir dengan menghadapinya, hampir digugurkan tetapi kedua-duanya memilih untuk mengekalkannya.

“Ia satu penghargaan bahawa anda berasakannya apabila menonton kami beraksi,” kata Virtue. “Kami sangat gembira untuk beraksi bersama dan pastinya kami suka melakukan satu pengkisahan.”

Moir pula merumuskan reaksi ramai adalah satu petanda satu tugas yang mereka sempurnakan.

“Itu adalah satu cerita yang kami cuba kisahkan, jadi saya benar-benar amat gembira yang anda sukakannya,” katanya.

Seks, atau bayangannya sekalipun, tetap laris di gelanggang sukan.



Sumber Asmaradana di atas ais cetus sensasi internet

0 Response to "Asmaradana di atas ais cetus sensasi internet"

Post a Comment