Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA

Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA

Foto: Kosmo Online dan The Star Online

Anak jati Kampung Tok Raja, Jertih, Wan Nur Mafudah Wan Yusof, 21, berjaya mengharumkan nama Malaysia apabila mendapat tempat pertama dalam World Prize Winner bagi kertas Laporan Kewangan Korporat Persatuan Akauntan Bertauliah Berkanun (ACCA) yang diumumkan baru-baru ini.

 

Gadis yang memiliki kelulusan daripada Kolej Intec, Kuala Lumpur itu berjaya membuktikan minatnya dalam bidang perakaunan meskipun pernah dinasihatkan keluarganya agar melupakan hasrat mendalami bidang itu.

 

Anak ketiga daripada tujuh beradik itu dinobatkan sebagai anak Melayu pertama yang berjaya mendapat tempat teratas di peringkat dunia dengan memperoleh markah tertinggi iaitu 95 peratus.

 

Terdahulu, kejayaan tertinggi yang pernah dicapai oleh beberapa anak Melayu ialah tempat kedua, ketiga dan keenam bagi tempoh  2015 hingga tahun lepas.

 

Memetik laporan Sinar Harian, Wan Mafudah merupakan pelajar di SK Tok Raja dan melanjutkan pelajaran di MRSM Besut setelah mendapat keputusan UPSR 5A. Selepas tamat SPM dengan keputusan 8A1B, beliau meneruskan pengajian di Kolej Poly-Tech Mara Kuala Lumpur bagi mengikuti asas bidang perakaunan selama setahun setengah sebelum memasuki INTEC.

 

Bercita-cita menjadi pensyarah bidang perakaunan, Wan Mafudah turut menekankan agar subjek perakaunan, perdagangan, ekonomi, teknologi maklumat dan matematik dan sekurang-kurang tiga bahasa selain bahasa Inggeris perlu dipandang serius oleh pelajar di peringkat awal menengah kerana ia asas seseorang untuk menguasai pengajian perakaunan.



Sumber Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA

0 Response to "Anak Melayu Pertama Raih Anugerah World Prize ACCA"

Post a Comment