Abang kandung Nur Aina pun kena dera, kata polis

Ibu tiri dan bapa Nur Aina Nabihah ketika dibawa untuk perintah reman, 2 Februari 2018. ― Foto BernamaIbu tiri dan bapa Nur Aina Nabihah ketika dibawa untuk perintah reman, 2 Februari 2018. ― Foto BernamaPORT DICKSON, 8 Feb — Abang kandung mangsa dera yang meninggal dunia, Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, dipercayai turut menjadi mangsa bapa kandung mereka.

Perkara itu didedahkan ketua polis daerah Port Dickson hari ini ekoran pengakuan suspek, dilanjut tempoh reman seminggu lagi, lapor Berita Harian.

“Hasil siasatan polis, suspek mengaku turut memukul kanak-kanak lelaki itu yang tinggal bersamanya,” kata Supt Zainudin Ahmad. 

Namun, beliau berkata penderaan kanak-kanak 11 tahun itu tidak seteruk berbanding adiknya, meninggal dunia 31 Januari lalu.

Hasil bedah siasat mendapati Nur Aina, murid tahun tiga, cedera buah pinggang, usus terkoyak dan patah tulang rusuk.

Tempoh tahanan reman ibu tiri mangsa turut dilanjutkan selama seminggu bagi melengkapkan siasatan.

Sebelum ini, suspek dilapor mengaku memukul anaknya dengan tali pinggang tentera, menendang dan memijak perut anaknya.



Sumber Abang kandung Nur Aina pun kena dera, kata polis

Related Posts :

0 Response to "Abang kandung Nur Aina pun kena dera, kata polis"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.