Copywriting? Apa benda tu? Mesti stress kalau bab kena tulis-tulis ni. Bukankah bisnes ni hanya jual-jual sahaja? Copywriting dikenali sebagai ayat jualan/ayat promosi/ayat memujuk pelanggan/ayat pukau pelanggan atau apa saja dengan objektif mempengaruhi prospek dan seterusnya membuatkan mereka bertindak. Semestinya tindakan yang dilakukan adalah membeli.
Copywriting yang power akan menjadi alat bantuan yang baik dalam bisnes anda. Kebiasaannya pembaca tidak alert dengan copywriting anda disebabkan struktur copywriting yang berterabur dan kemungkinan audien tidak respon kerana anda tidak memasukkan elemen penting.
#1-Tulis Panjang Lebar
Ada bagusnya kalau anda rajin menulis panjang lebar kerana setiap point penting yang hendak diberitahu semua ada dalam satu tulisan.
Yang penting mestilah kena dengan isinya, olahan ayat yang menarik, simple dan menggunakan teknik penulisan yang membuatkan orang tertunggu-tunggu untuk mengetahui seseuatu perkara itu sehingga habis.
#2-Storytelling
Wah.. teknik bercerita yang paling disukai ramai. Teknik ini sangat bagus untuk ikat emosi dan situasi target audien..
#3-Point-form
Jika anda banyak isi untuk dikongsikan teknik ini amat sesuai untuk diaplikasikan. Ringkas, padat dan cepat. Tidak perlukan banyak masa. Hanya letak point sahaja. Ringkas dan senang kan?
#4-Fakta
Ramai usahawan akan terikat dengan fakta. Bukan sebarangan main letak saja. Anda perlu kreatif dalam mengolah bahan berbentuk fakta. Satu kelebihan jika anda tahu untuk buat fakta di presentasi dalam gaya santai. Kalau boleh, terbaik sebab ia lebih mudah diterima dan dipercayai.
#5-Gambar
Setiap mata yang memandang pasti tertarik dengan gambar yang cantik dan unik. Tidak mengapa jika caption anda pendek kerana gambar telah menceritakan segala mesej yang anda hendak sampaikan. Pemilihan gambar yang betul akan memberi keuntungan kepada produk jualan anda.
#6-Gesaan
Aplikasikan teknik ini apabila anda kata, “Tempoh Terhad” dan yang seangkatan dengannya untuk dapatkan maklumbalas dan tindakan pantas dari target anda.
#7-Pengurangan Risiko
Pastikan target anda bila baca copywriting anda tu, hanya nampak kebaikan dan kurang risiko. Highlight the best features!
#8-Gaya Bahasa First-Person
Sudut pandang anda penting bagi mewujudkan satu suasana yang nyaman antara anda da target. Gunakan panggilan nama seperti saya dan awak ketika berinteraksi dengan target.
Jangan gunakan bahasa yang kasar. Tidak semua orang dapat menerima cara anda jika anda ingin melakukan kelainan dengan menggunakan bahasa yang kasar. Perhalusi bahasa anda.
#9-Testimoni
Orang yang nak beli mesti nak tahu results! Share selalu testimoni-testimoni terbaik yang ada dalam simpanan anda. Lagi bagus jika dapatkan testimoni daripada mereka yang berpengaruh seperti artis, selebriti, istafamous atau lain-lain.
Sumber 9 Teknik Ringkas Copywriting Untuk Usahawan Baru
0 Response to "9 Teknik Ringkas Copywriting Untuk Usahawan Baru"
Post a Comment