Anda penjual online? Selalu promote barang tapi sale macam biskut chipsmore? Sekejap ada, sekejap tiada? Kenapa ya?
Adakah anda tiada skill mempromote barang jualan sendiri atau anda yang tiada minat untuk selongkar bab-bab mempromote sampai menjadi sale.
Jom kita belajar teknik-teknik atau strategi untuk mempromote barang jualan di instagram anda sampai menjadi. Jangan biarkan IG anda berdebu. Biar sentiasa meriah dengan pelawat-pelawat yang suka visit IG anda dan menggembar gemburkan kepada orang lain sehingga sale membuah-buah lebat.
#1- Berikan Nama Insta Tentang Produk
Jom semak akaun instagram anda sekarang. Adakah menggunakan nama sendiri atau anda menggunakan nama produk jualan anda. Jika nama insta anda “Mawar Putih” anda perlu menukarnya kepada AIR_JAGUNG_KETAGIH_BLULUS.
Penukaran nama insta yang lebih jelas akan menyenangkan pelanggan anda follow akaun insta anda dan senang untuk mereka mengembar gemburkan insta anda kepada orang lain.
#2-Gambar Profile Gambar Produk dan Anda.
Selalunya bila pelanggan search nama insta pelanggan akan melihat kepada profile picture di mana untuk mengesahkan bahawa instagram itu adalah milik anda.
Jadi, jika anda usahawan air jagung ketagih maka anda perlu memperlihatkan gambar di mana anda sedang menikmati air jagung keluaran anda sendiri.
Hal ini akan memudahkan pelanggan mengenalpasti akaun insta anda. Penggunaan gambar yang jelas dan tepat akan membantu anda menarik sale dengan jayanya.
#2-Profile Instagram biar nampak Profesional.
Jelas, padat dan mudah untuk pelanggan tangkap dan faham apa produk yang dijual, bagaimana cara untuk dapatkannya, cara penggunaan dan lain-lain yang berkaitan.
Pastikan ianya sebaris. Gunakan bahasa yang mudah difahami. Jangan terlalu ringkaskan ayat. ✅Kedai anda (Blulus Store)
✅Air Jagung Original
✅AIR JAGUNG KETAGIH
✅Ready Stok
✅Wassap 017++++++
✅Fb ……
#3-Peranan HASHTAG
Selalu kita akan nampak ramai usahawan yang akan menggunakan kuasa hashtag apabila menjual di instagram. Anda boleh follow IG mereka yang terkenal dengan produk jualan masing-masing.
Diantara yang popular adalah :
✔ #SayaJual
✔ #VisitMyIG
#4- Post Ketika Waktu Puncak
Nak post sesuatu pun bukan main ikut suka anda saja. Mesti ada waktu puncak yang pada saat dan ketika itu pemburu-pemburu produk ini sedang berleluasa di alam maya.
Anda boleh mencuba post di laman sosial ikut waktu yang beri ni dan mesti ingat mestilah konsisten setiap hari!. Barulah menampakkan hasil.
✅1.00PM
✅3.00PM
✅7.00PM
✅9.00PM
✅11.00PM
#5- Following Melebihi Followers
Suka saya beritahu anda bahawa anda mestilah seorang yang rajin untuk follow sesiapa yang ada kuasa veto dengan IG. Contohnya artis yang mempunyai following lebih dari sejuta.
Caranya, anda jangan sesekali post tentang produk anda di bahagian komen tetapi tinggalkan mesej-mesej yang berkaitan dengan gambar yang dipost.
Anda follow sesiapa sahaja dan biar following kita melebihi followers. Setiap kali anda follow anda mesti wajib like dan comment gambar orang yang anda follow.
#6- Swap Review vs Hot Insta
Ini merupakan cabaran kepada usahawan online. Bukan satu perkara mudah untuk menapak dalam Instagram. Anda boleh gunakan cara Swap Review di mana anda perlu mencari instashop yang jual produk berlainan daripada anda, dan mesej dia untuk promote produk dia di IG anda dan begitu juga produk anda di IGnya.
Kedua promote guna orang hot insta. Yang ni akan melibatkan duit keluar di mana anda akan dikenakan bayaran berdasarkan jumlah followers yang dia anda. Dia boleh promote barang anda,customer akan bertambah, followers akan bertambah. Jika ada modul lebih, silakan…
#7- Konsisten
Jika anda post tentang jualan air jagung ketagih hanya jualan air jagung ketagih sahaja dibenarkan untuk berjualan di IG pada hari tersebut. Sehari hanya satu produk sahaja.
Sebarang produk lain yang tidak berkaitan dengan air jagung tidak dibenarkan sama sekali untuk berada dalam IG post tersebut. Kita nak buat pelanggan nampak produk utama jualan kita. Jadi, kalau post macam-macam nanti buat pelanggan keliru dengan IG kita.
Sumber 7 Strategi Untuk Promote Jualan Barang Online Di Instagram Anda
0 Response to "7 Strategi Untuk Promote Jualan Barang Online Di Instagram Anda"
Post a Comment