20 minit keringkan seluar dalam buat penumpang pesawat tergamam

SEORANG penumpang wanita berkelakuan pelik ketika dalam pesawat menuju ke Moscow apabila dirakam menggunakan ruang pengalihan udara di tempat duduknya untuk mengeringkan pakaian dalam.

Dalam visual yang tersebar itu, wanita berkenaan dilihat memegang seluar dalam ke arah sistem pengalihan udara di bahagian atas tempat duduknya dalam pesawat berkenaan.

Wanita itu juga dilihat menggerakkan pakaian dalamnya  beberapa kali untuk mempercepatkan proses mengeringkan seluar kecil itu.

Perbuatannya berlarutan selama kira-kira 20 minit, malahan wanita itu tanpa segan silu melakukannya dalam pesawat Rusia, Ural Airlines, lapor Daily Mail.

20 minit keringkan seluar dalam buat penumpang pesawat tergamam

20 minit keringkan seluar dalam buat penumpang pesawat tergamam

Wanita yang identitinya tidak didedahkan itu menaiki pesawat berkenaan dari Turki.

Rata-rata penumpang lain dalam pesawat berkenaan tidak selesa dengan perangai pelik wanita berkenaan, bagaimanapun tiada insiden tidak disenangi berlaku.

Daily Mail memetik seorang saksi berkata:”Semua penumpang hanya melihat apa yang wanita itu lakukan, kami tergamam dan keliru.”

Awal bulan ini, penerbangan Transavia Airlines dari Dubai ke Amsterdam terpaksa mendarat di Vienna selepas penumpangnnya enggan berhenti bercumbu dengan pasangannya.

Susulan kejadian itu, dua pasangan melibatkan dua lelaki Belanda dan adik beradik perempuan kelahiran Belanda-Morocco diarah keluar dari pesawat berkenaan.

Sumber: Mstar



Sumber 20 minit keringkan seluar dalam buat penumpang pesawat tergamam

0 Response to "20 minit keringkan seluar dalam buat penumpang pesawat tergamam"

Post a Comment