KUCHING: Sebanyak 14 buah Pusat Pemindahan Sementara PPS masih dibuka di Sarawak berbanding 24 buah PPS sejak semalam.
Sehingga jam 8 pagi, seramai 3,092 mangsa melibatkan 947 buah keluarga ditempatkan di PPS berbanding 4,444 pada Jumaat.
Jurucakap Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) memaklumkan faktor cuaca dan situasi semasa banjir menyumbang kepada penutupan 10 buah pusat pemindahan.
"Di Serian terdapat tiga buah PPS masih dibuka melibatkan 575 mangsa daripada 187 buah dan di Sibu masih mencatatkan bilangan paling ramai mangsa yang ditempatkan di empat buah PPS iaitu 1,086 mangsa daripada 354 buah keluarga," jelasnya.
Tambahnya, di Mukah melibatkan dua PPS 107 mangsa daripada 44 keluarga, Sarikei satu PPS masih dibuka melibatkan lapan mangsa daripada empat keluarga.
Di Bintulu PPS seramai 1,183 daripada 322 keluraga masih ditempatkan di PPS manakala Limbang hanya satu PPS dibuka yang menempatkan 133 daripada 38 keluarga.
"Terdapat 15 buah klinik terjejas banjir dan sehingga jam lapan pagi tadi hanya enam buah yang beroperasi." jelasnya.
Sehingga Sabtu 48 buah sekolah masih ditutup berbanding 57 yang dicatatkan sebelum ini dengan enam buah daripadanya dijadikan PPS.
Sumber
14 buah Pusat Pemindahan Sementara masih dibuka
Related Posts :
Masjid, Surau Di Wilayah Persekutuan Disaran Adakan Solat – MAIWP
M Update, 7/10/2020 – Semua masjid, surau Jumaat dan surau di Kuala Lumpur, Putrajaya serta Labuan disaran melaksanakan solat hajat selepas… Read More...
Tan Sri Muhyiddin Akui PRN Sabah Punca Peningkatan Kes Jangkitan COVID-19
Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menjadi antara punca peningkatan kes Covid-19 dalam negara.
Perdan… Read More...
11 Petugas Kesihatan Positif Covid-19 Di Sabah
M Update, 7/10/2020 – Sebanyak 11 kes positif Covid-19 baharu dikesan membabitkan petugas kesihatan di enam daerah di Sabah, semalam.
Sem… Read More...
SUAMI DEDAH 3 BULAN DUDUK BERASINGAN, DAKWA CURANG 2 LELAKI - NADIA BRIAN ENGGAN BUKA AIB
Jika sebelum pergolakan rumah tangga pelakon Nadia Brian dan suaminya, Muizz Nasruddin menjadi teka-teki, namun kini persoalan tersebut ak… Read More...
Rihanna Mohon Maaf Kepada Umat Islam
M Update, 7/10/2020 – Bintang pop yang juga usahawan fesyen, Rihanna memohon maaf selepas menggunakan lagu dengan petikan hadis ketika sebu… Read More...
0 Response to "14 buah Pusat Pemindahan Sementara masih dibuka"
Post a Comment