
Menurut Zed, pendedahan tersebut dibuat berikutan peningkatan jumlah aduan berkaitan kes ini yang sudah sampai ke tahap yang membimbangkan.
“Setakat ini kita sudah menerima lebih kurang 200-300 aduan berkaitan Ah Long dan ia merupakan jumlah terkumpul semenjak 2015 hingga 2017.
“Jumlah itu agak menakutkan dan jelas menunjukkan masalah ini semakin serius membelenggu artis-artis kita sehingga mereka terpaksa meminta bantuan persatuan untuk menyelesaikan masalah ini.
“Memang kita menerima semua jenis aduan, namun bukan semua yang dapat kita selesaikan terutamanya yang melibatkan pihak lain seperti masalah pinjaman Ah Long ini.
“Jadi apa yang kita lakukan adalah dengan menjadi orang tengah dan menyalurkan masalah mereka kepada pihak-pihak yang sesuai untuk menyelesaikan perkara itu seperti pihak polis dan sebagainya,” ujar Zed dalam sesi FB Live Sinar Harian, Jumaat.
Bagaimanapun Zed mengharapkan agar perkongsian yang dilakukan itu dapat memberi kesedaran kepada artis-artis tanah air agar tidak sesekali terlibat dengan pinjaman Ah Long yang jelas memberikan banyak kesan negatif kepada mereka dan keluarga.
“Nasihat saya hanya satu, jangan libatkan diri dengan Ahlong kerana ia membuka ruang kepada pelbagai risiko bahaya yang bakal mereka hadapi dan lebih parah apabila ia melibatkan keluarga mangsa.
“Malah ia juga bakal membawa kepada permasalahan lain yang boleh mengganggu kerjaya mereka sebagai anak seni.
“Jadi kita akan sentiasa cuba memberi kesedaran dengan membuat pendedahan sebegini agar mereka sentiasa beringat tentang perkara ini,” tegas Zed.
Dalam pada itu, Zed turut memberitahu, pihak persatuan sentiasa terbuka untuk membantu permasalahan yang dihadapi golongan artis dari masa ke semasa.
“Peranan kita adalah untuk menjadi orang tengah dan terbuka menerima apa sahaja aduan berkaitan permasalahan yang dihadapi oleh artis-artis tanah air.
“Bagaimanapun segala aduan yang dibuat itu tidak boleh secara lisan, sebaliknya dilakukan secara bertulis di mana pihak persatuan ada menyediakan borang aduan sama ada di laman web rasmi kita atau pun dengan hadir ke pejabat Seniman sendiri.
“Persatuan menerusi biro aduan dan perundangan akan cuba mengenal pasti permasalahan yang dihadapi oleh mereka dan menentukan jenis tindakan yang sesuai diambil untuk menyelesaikan masalah tersebut,” ujar Zed yang sangat mengalu-alukan artis untuk lebih mengenali Seniman.
Sumber Zed Zaidi dedah 300 artis pinjam Ah Long
0 Response to "Zed Zaidi dedah 300 artis pinjam Ah Long"
Post a Comment