Yuran murah, ‘sekolah’ persendirian makin bertambah

Yuran pusat pembelajaran persendirian dikatakan 30 peratus lebih murah berbanding sekolah swasta dan antarabangsa. — Foto oleh Saw Siow FengYuran pusat pembelajaran persendirian dikatakan 30 peratus lebih murah berbanding sekolah swasta dan antarabangsa. — Foto oleh Saw Siow FengKUALA LUMPUR, 14 Jan — Sesetengah ibu bapa mula menghantar anak mereka ke pusat pembelajaran persendirian, ada antaranya tidak berlesen, berbanding sekolah.

Ini kerana yurannya lebih murah 20 hingga 30 peratus berbanding di sekolah swasta atau antarabangsa yang mencecah RM100,000 setahun, lapor akhbar Sunday Star.

Memetik seorang pengetua dikenali Wong yang bertugas di sebuah sekolah di Petaling Jaya, katanya jumlah pusat itu semakin bertambah setiap tahun dan menjangkakan peningkatan 15 peratus dalam tempoh lima tahun akan datang.

Dianggarkan sebanyak 50 hingga 100 pusat pembelajaran persendirian beroperasi sekitar Lembah Klang. 

Laporan itu turut menyebut pusat pembelajaran persendirian, yang beroperasi di rumah kedai atau kawasan komersil, memberi lebih manfaat kepada pelajar dan ibu bapa.

Tempoh belajar yang fleksibel antara jam 9 pagi hinga 5 petang, aktiviti tambahan seperti kelas tarian hip hop, drama dan latihan vokal turut ditawarkan.

Malah tiada peraturan pemakaian seragam sekolah dikenakan tetapi ada kod pakaian yang perlu dipatuhi.

* Baca seterusnya di Malay Mail.



Sumber Yuran murah, ‘sekolah’ persendirian makin bertambah

Related Posts :

0 Response to "Yuran murah, ‘sekolah’ persendirian makin bertambah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect