Yuna Mampu Bahagiakan Adam - Ashraf Sinclair

PELAKON Ashraf Sinclair berkata adiknya iaitu Adam Sinclair membuat keputusan yang tepat dengan memilih penyanyi Yuna sebagai isteri.

Ashraf, 39, menyifatkan Yuna seorang wanita yang sempurna dan mampu membahagiakan Adam serta keluarga.

"Yuna seorang gadis yang penyayang dan mampu memberi kebahagiaan kepada Adam dan anak-anak mereka kelak.

"Saya bahagia melihat perhubungan ini dan mengalu-alukan kedatangan Yuna menjadi keluarga kami. Saya sebagai abang mendoakan yang terbaik untuk pasangan ini.

"Soal persiapan perkahwinan, semuanya diuruskan oleh keluarga dan kami tak sabar menanti hari bahagia Adam," katanya.

Ashraf ditemui ketika sidang media drama Do(s)a di Hotel Nouvella, Seri Kembangan, Selangor pada Rabu.

Adam dan Yuna bakal mendirikan rumah tangga pada 28 Januari ini.

Sementara itu, suami kepada penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari ini turut menjelaskan kepulangannya ke Malaysia bukan sekadar meraikan perkahwinan Adam.

Malah, dia dan isteri turut dipenuhi dengan aktiviti seni sepanjang berada di Malaysia.

"Kepulangan saya bukan sahaja untuk meraikan hari bahagia Adam. Saya juga sedang menjalani penggambaran sebuah filem dan kini sibuk mempromosikan drama Dosa.

"Bunga pula ada sidang media konsert bersama dua penyanyi lain di sini nanti, kiranya kami bercuti sambil bekerjalah," katanya.

Bercakap mengenai drama Do(s)a arahan Ifa Isfansyah, ia merupakan karya kolaborasi mega di antara produksi Malaysia dan Indonesia.

Drama lapan episod ini bakal disiarkan di Astro First saluran 480 bermula 14 Februari ini.

Selain Ashraf Sinclair, ia turut dibintangi oleh Datuk M.Nasir, Remy Ishak, Hisham Hamid dan Shenty Feliziana.



Sumber Yuna Mampu Bahagiakan Adam - Ashraf Sinclair

Related Posts :

0 Response to "Yuna Mampu Bahagiakan Adam - Ashraf Sinclair"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.