Wooyoung Dedah Alami Tekanan Perasaan 5 Tahun Lalu

PENYANYI Wooyoung yang baharu melancarkan album baharu mendedahkan pernah mengalami depresi seperti yang dialami oleh mendiang Jonghyun.

Ahli 2PM itu memberitahu dapat merasai kesukaran yang dialami oleh Jonghyun sehingga bertindak sedemikian.

"Saya yakin dia membuat keputusan tersebut kerana mengalami perkara yang lebih sukar daripada apa yang saya lalui. Namun saya sangat yakin selebriti lain merasakan hal yang sama.

"Saya berada di situasi yang sama dengan Jonghyun pada lima tahun lalu. Tapi ketika itu saya betul-betul melawan apa yang terjadi itu.

"Saya hanya berfikir bahawa saya kuat melawan perkara itu kerana saya adalah seorang lelaki," ujarnya.

Selain itu, tambah Wooyoung, dia cuba melupakan kesedihan itu dengan belajar menyelam, muzik dan membaca info untuk mengatasi masalah itu.



Sumber Wooyoung Dedah Alami Tekanan Perasaan 5 Tahun Lalu

Related Posts :

0 Response to "Wooyoung Dedah Alami Tekanan Perasaan 5 Tahun Lalu"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.