Wanita koma selepas jatuh diragut dua beradik

Maria Erianty Zakaria, 40, cedera parah di kepala dan patah tangan kiri setelah diragut di Kampung Sri Rebana, Machang 10 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Syasya Diana Maria Erianty Zakaria, 40, cedera parah di kepala dan patah tangan kiri setelah diragut di Kampung Sri Rebana, Machang 10 Januari 2018. — Foto ihsan Facebook/Syasya Diana MACHANG, 11 Jan — Seorang suri rumah koma setelah terjatuh dari motosikal akibat diragut dua beradik, termasuk pelajar sekolah, yang menagih.

Maria Erianty Zakaria, 40, cedera parah di kepala dan patah tangan kiri dalam kejadian di Kampung Sri Rebana, Machang petang semalam, lapor Harian Metro.

Suspek berusia 26 tahun dan adiknya, 14 tahun, ditahan penduduk yang menyaksikan kejadian itu dan mengejar mereka.

Mangsa yang tinggal di Perumahan Sri Selising di sini dirawat di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

Ketua polis daerah Machang berkata suspek mengekori mangsa sejauh dua kilometer sebelum meragut beg di dalam motosikal wanita itu.

DSP Dzulkifli Ab Ghani juga menjelaskan suspek, yang positif dadah jenis methamphetamine, disiasat bawah Seksyen 395 Kanun Keseksaan.



Sumber Wanita koma selepas jatuh diragut dua beradik

Related Posts :

0 Response to "Wanita koma selepas jatuh diragut dua beradik"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect