Tiga negeri mula dilanda banjir dengan 442 mangsa dipindahkan

MERSING: Cuaca buruk berterusan menyebabkan jumlah mangsa banjir dipindahkan meningkat kepada 442 orang di tiga negeri iaitu Johor, Terengganu dan Pahang, malam tadi.

Terengganu merupakan negeri paling teruk terjejas dengan 205 mangsa di dua kampung dipindahkan sehingga 1 pagi tadi.

Setakat ini, dua pusat pemindahan dibuka di Dewan Orang Ramai Kampung Shukor dan Dewan Orang Ramai Pasir Raja.

Jumlah mangsa banjir dijangka meningkat berikutan hujan lebat berterusan di pedalaman Dungun.

Sementara itu, Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu Shafruddin Ali Hussin berkata tiga sekolah rendah di Dungun dan Kemaman dijangka tidak beroperasi pada Selasa.

DI Johor,   203 mangsa dari 56 keluarga di Mersing dipindahkan ke lima pusat pemindahan.

Kawasan yang terjejas dengan banjir di daerah itu adalah Taman Nakhoda, Air Papan, Kampung Tanjung Genting, Kampung Tenglu Besar, Kampung Kelantan dan Kampung Air Tawar.

Dalam pada itu, di Kuantan, 34 mangsa dipindahkan malam tadi berikutan hujan lebat berterusan menyebabkan beberapa kawasan dinaiki air.

Jumlah penduduk dipindahkan dijangka meningkat berikutan kedaaan cuaca yang masih tidak menentu selain fenomena air pasang besar.



Sumber Tiga negeri mula dilanda banjir dengan 442 mangsa dipindahkan

Related Posts :

0 Response to "Tiga negeri mula dilanda banjir dengan 442 mangsa dipindahkan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect