The Rock Puji Malaysia, Imbau Kenangan Lama di Kuala Lumpur

The Rock Puji Malaysia, Imbau Kenangan Lama di Kuala Lumpur

Terima Kasih Malaysia! Mungkin itu yang dilaungkan The Rock. ( Gambar: QZ)

“Malaysia sentiasa menjadi tempat istimewa di hati saya,” kata pelakon Hollywood yang juga ahli gusti terkenal, Dwayne 'The Rock' Johnson.
 
Ungkapan penghargaan itu diluahkan menerusi satu video berdurasi 30 saat yang dimuat naik di Instagram peribadinya semalam.
 
Rata-rata pengguna media sosial itu teruja apabila The Rock menyebut berulang kali nama Malaysia.
 
Jadi, apakah sebabnya The Rock berkata demikian?

 
SAMBUTAN HANGAT JUMANJI

Filem Jumanji mensasarkan kutipan 30 juta di Malaysia
Filem terbaru lakonan The Rock iaitu Jumanji 'Welcome to The Jungle' tersenarai sebagai filem ketiga terlaris ketika ini biarpun baru memasuki minggu kedua tayangan.
 
Apa yang menarik perhatian, filem berkenaan mendapat sambutan memberangsangkan di Malaysia apabila pada minggu lalu saja meraih kutipan sebanyak RM19.4 juta.
 
Malah, filem ini dijangka menerima kutipan sehingga RM30 juta dalam tempoh terdekat ini.
 
Meskipun bersaing dengan filem hebat lain termasuk 'Star Wars: The Last Jedi' tetapi ia tidak memberi kesan kepada filem arahan Jake Kasdan ini.
 
IMBAU KENANGAN BERGUSTI DI KUALA LUMPUR

Selain ucapan The Rock terhadap pencapaian filem itu, pelakon ini juga sempat mengimbas kembali kenangan ketika dia beraksi di Malaysia.
 
Menurutnya, dia pernah beraksi dalam perlawanan gusti di Kuala Lumpur suatu ketika dulu.
 
“Peluang membuat persembahan di hadapan penonton memberi semangat sukar dilupakan. Saya sayang anda dan harap anda terus terhibur menonton Jumanji,” katanya.
 
Selain Malaysia, The Rock turut memuat naik beberapa siri video penghargaan kepada penonton di negara lain termasuk negara jiran Indonesia, Mexico, China, Korea Selatan, Jepun, Jerman, Rusia, Australia, New Zealand, United Kingdom dan Perancis.


 

Sumber The Rock Puji Malaysia, Imbau Kenangan Lama di Kuala Lumpur

Related Posts :

0 Response to "The Rock Puji Malaysia, Imbau Kenangan Lama di Kuala Lumpur"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect