SPR: Lantang mahu demokrasi tapi kempen Undi Rosak

Tan Sri Mohd Hashim Abdullah (kanan) sedang melawat sebuah pusat pembuangan undi. — Foto oleh Yusof Mat IsaTan Sri Mohd Hashim Abdullah (kanan) sedang melawat sebuah pusat pembuangan undi. — Foto oleh Yusof Mat IsaKUALA LUMPUR, 26 Jan — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menempelak mereka yang menyokong usaha merosakkan undi kerana ia menjejaskan demokrasi.

Pengerusinya Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata saranan itu datangnya daripada "orang tertentu yang kita hormati," lapor Berita Harian.

"Mereka yang menyuarakan dengan lantang supaya demokrasi ditegakkan tapi sekarang mereka melakukan kerja yang langsung tidak demokrasi," katanya.

Tambahnya, menggalakkan orang ramai mengundi dengan merosakkan undi "bertentangan dengan hasrat menegakkan demokrasi."

Laporan itu tidak menjelaskan siapa yang dimaksudkan "orang tertentu yang kita hormati" oleh beliau.

Mohd Hashim mengulas kempen di media sosial #UndiRosak selepas Tun Dr Mahathir Mohamad diangkat sebagai calon perdana menteri pembangkang.

Tanpa sebarang organisasi dan ketua, kempen itu dipercayai digerakkan oleh anak muda yang kecewa dengan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional.

#UndiRosak berada di tangga kedua topik paling hangat di Twitter hari ini selepas berada paling atas semalam susulan perdebatan isu tersebut.

Ia mendapat kritikan penyokong dan pemimpin PH, termasuk Dr Mahathir sendiri yang menyifatkan ia didalangi Umno.  



Sumber SPR: Lantang mahu demokrasi tapi kempen Undi Rosak

Related Posts :

0 Response to "SPR: Lantang mahu demokrasi tapi kempen Undi Rosak"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.