SIS: Henti buka aib untuk semai moraliti Islam

Kumpulan hak asasi wanita Islam itu berkata, ia sebagai sokongan kepada gesaan Sultan Perak baru-baru ini.

sis-courtPETALING JAYA: Sisters in Islam (SIS) menggesa pihak berkuasa Islam berhenti menggunakan nama untuk memalukan individu sebagai cara untuk menyemai moraliti Islam.

Kumpulan hak asasi wanita Islam itu berkata demikian sebagai respons kepada gesaan Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah pada 4 Januari lalu mengenai prosiding di Mahkamah Syariah perlu mengelakkan pendedahan butiran yang boleh mengaibkan maruah dan nama seseorang.

SIS berkata, pihak berkuasa menjadikan kaedah penggunaan nama bagi memalukan seseorang bagi memupuk moraliti Islam.

“Contohnya, berkaitan khalwat, anak luar nikah, mengahwinkan anak kepada orang yang melakukan jenayah seksual terhadap mereka, perkahwinan anak bagi menutup rasa malu ibu bapa dan khasnya berkaitan pakaian wanita dan ruang awam seperti mengkritik pemakaian wanita dan tingkah laku sebagai isteri, ibu, pemimpin dan sebagainya.”

Kumpulan itu berkata, Nabi Muhammad memberi amaran terhadap kaedah seperti itu melalui hadis yang mengingatkan umat Islam supaya tidak menghina atau mengejar ketidaksempurnaan orang lain.

SIS berkata, masyarakat Islam perlu lebih bertolak ansur ke arah “salah laku moral” di bawah agama dan pembabitan kerajaan bertujuan mempertahankan golongan terpinggir.

Pada 4 Januari lalu, Sultan Nazrin dilaporkan berkata, Mahkamah Syariah perlu meneliti dan menghalusi tahap pendedahan prosiding sesuatu kes yang boleh dipaparkan kepada umum supaya selari tuntutan Islam yang melarang seseorang diaibkan di khalayak ramai.

“Prosiding di Mahkamah Syariah terutama berkaitan isu keluarga dan peribadi hendaklah memastikan nama baik ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak terjamin dilindungi daripada disensasikan.

“Nilai murni mengutamakan hikmah, bijaksana, sopan dan tertib yang dianjurkan Islam hendaklah sentiasa dicerminkan dalam tindak tanduk atas nama Islam.”

SIS berkata, mereka berkongsi kebimbangan yang disuarakan Sultan Nazrin kerana ia adalah isu yang diperjuangkan kumpulan itu.

Sementara itu, SIS menggesa pengagihan kekayaan lebih adil sejajar undang-undang Islam.

“Situasi ini banyak berubah berbanding zaman Nabi Muhammad. Wanita di Malaysia hari ini tidak semestinya disokong lelaki dalam kehidupan mereka. Mereka perlu mempunyai pekerjaan, membayar bil, menyara anak dan sering kali termasuk ibu bapa mereka.

“Bagaimanapun, tuntutan mereka dalam aset tidak diiktiraf sejajar tanggungjawab mereka.”

SIS berkata, banyak negara Islam meminda atau menambah fleksibiliti dalam undang-undang mengenai pengagihan aset.

“Ada kelemahan dalam memahami undang-undang mengenai harta dan harta pusaka, yang dihalang karenah birokrasi oleh agensi dilantik kerajaan yang menyebabkan aset umat Islam dibekukan untuk jangka panjang.

“Kita memerlukan satu transformasi sistemik untuk memudahkan tuntutan dan pengeluaran aset serta memastikan ia diagihkan dengan pantas dan adil kepada ahli keluarga,” kata kumpulan itu.

Sultan Nazrin seru mahkamah syariah tidak buka aib orang


The views expressed in the contents are those of our users and do not necessarily reflect the views of FMT.



Sumber SIS: Henti buka aib untuk semai moraliti Islam

Related Posts :

0 Response to "SIS: Henti buka aib untuk semai moraliti Islam"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect