Kisah dramatik Sirivat Voravetvuthikun yang bangun setelah jatuh tersungkur dalam perniagaan mendapat perhatian ramai. 140 media tempatan sudah menyiarkan cerita beliau. Malahan, CNN, CNBC, BBC WORLD, NHK menjadikan logo “B” dalam belon ciptaan beliau sebagai simbolik kepada kejatuhan nilai Baht pada 1997.
Di Thailand, rata-rata pakar Ekonomi menggelarkan situasi kejatuhan ini sebagai “Tom Yam Kung Crisis”. Jutaan Baht jatuh hanya dalam satu malam. Menggegarkan seluruh syarikat dari Chiang Mai di Utara hinggalah ke ibu kota Bangkok dan menjangkaui Pattani di Selatan.
Salah seorang usahawan yang terkesan dengan krisis kegawatan Ekonomi waktu itu ialah Sirivat Voravetvuthikun. Beliau pada ketika itu adalah seorang broker saham yang sangat berjaya. Pada saat kejatuhan wang Baht, beliau sedang membina sebuah projek kondominium.
#1-Siapa Sirivat Voravetvuthikun
Sirivat Voravetvuthikun lulusan dari Universiti Texas, Austin, Amerika Syarikat pada 1974. Dia menceburi bidang kewangan dan saham. Awal tahun 1990-an dia mula menjadi jutawan. Ketika tahun 1994 harga saham jatuh dan 1997 krisis ekonomi Asia. Kedua-dua peristiwa itu telah beri impak yang besar kepada nilai kekayaannya.
Dia pernah dikenali sebagai “The Phantom” kerana memiliki kemahiran memilih stok saham yang menguntungkan. Ironinya dia jatuh miskin gara-gara spekulasi harga saham di pasaran. Di dalam masa yang sama dia meminjam banyak wang untuk membangunkan resort mewah di taman negara di timur Bangkok, Thailand.
Akibat sikap tamaknya pada ketika itu yang memiliki 100 juta baht tetapi dia mahu gandakan menjadi 1 billion pula. Kerakusannya meminjam di bank dengan nilai yang tinggi membuatkan dia jatuh terjunam kerana tidak mampu membayarnya kembali dengan kadar bunga setinggi 17%.
Kesannya dia mempunyai hutang bernilai S$30.4 juta. Ia satu pengalaman yang begitu mahal buat dirinya dan keluarga sehingga mengheret mereka ke jalanan. Malah, 40 orang pekerjanya hilang punca pendapatan selepas dia muflis.
#2-Dari Jalanan Menjadi Jutawan Semula
Rentetan daripada kejatuhan dalam kehidupan, Vilailuk mencari jalan untuk menampung kehidupan dia sekeluarga. Isterinya mencadangkan agar mereka berniaga menjual sandwic. Pada mulanya dia tidak bersetuju kerana tidak yakin dengan perniagaan yang dirasakan tidak akan mendapat keuntungan banyak itu.
Isteri meyakinkan Vilailek, maka bermulalah kehidupn barunya bangun seawal 3 pagi. Vilailuk melawan perasaan-perasaan negatif yang hendak meruntuhkan semangat dan keyakinan dia dan isteri dalam membangunkan bisnes sandwic.
Pada hari pertama jualan dia mendapat $14 dan mula mendapat beberapa ratus baht sehari selepas itu. Dalam tempoh 10 tahun, dia berjaya membina sebuah bisnes katering berskala kecil kerana dia tidak boleh meminjam wang.
Namun, baginya, apa jua yang berlaku, orang tetap perlu makan. Dia turut menggunakan sayur-sayuran tempatan bagi mengelakkan dia bergantung kepada sayur-sayuran import.
Pada 5 tahun pertama, dia menjual hampir setiap hari roti sandwic di jalanan. Kemudian dia bina bisnes sehingga dapat menggajikan 14 orang pekerja. Dia turut menghasilkan minuman ringan sendiri, dua buah kedai kopi dan perkhidmatan katering kopi dan roti sandwic selepas 10 tahun.
#3-Jenama Sirivat Sandwich
Kelebihan pemasaran yang dipraktikan dalam bisnes barunya ini ialah Sirivat menjual roti sandwic pada harga 25 baht berbanding pesaingnya, 8 baht. Alasan mengapa harga sandwic yang ditawarkan lebih tinggi adalah sandwicnya diberi dengan nilai premium iaitu berbeza dengan roti sandwic pesaing-pesaingnya.
Tambahan pula, makanan jalanan dicalit dengan imej tidak bersih, tidak sihat dan bahan rendah kualiti. Dia mahu lakukan sesuatu yang berbeza dan sekaligus meraih kepercayaan pelanggan kepada bisnesnya.
Jenama “Sirivat Sandwich” menjadi satu jenama yang dikenali rakyat Thai dan bernilai ratusan juta bath. Dia menggunakan logo yang mengingatkan dia kepada zaman kejatuhan ekonominya dan negara Thailand. Logonya mempunyai ciri-ciri sebuah belon terapung dengan mata wang Thailand serta huruf “IMF”.
Dia membuka rantaian kedai kopi dan bisnes katering. Kedai-kedainya terletak di stesen transit yang sibuk, pusat membeli-belah, dan hospital.
#4-Ikon Usahawan Thailand
Sirivat juga menjadi seorang yang kuat pendirian bahawa dia tidak akan bergantung dengan pinjaman bank untuk bisnes barunya kerana tidak mahu perkara lama berulang kembali.
Kini, dia sendiri menjadi symbol of optimism and tenacity for Thais. Dia mengaplikasikan semua ilmu dan pengalamannya di dalam pasaran bagi menjadikan jenama produknya dikenali tanpa melaburkan wang yang banyak untuk pengiklanan media.
Jenamanya tersebar luas apabila menjadi bahan pemasaran mulut ke mulut sehingga terbina sekumpulan pengikut yang terdiri daripada followers, buyers and lovers.
#5-Bangkit Daripada Kejatuhan
Bagi Sirivat bangkit daripada kejatuhan bererti tidak lagi mengulangi perkara yang sama. oleh yang demikian, dia dan keluarga bertekad memulakan kehidupan sederhana tetapi melebihkan simpanan untuk masa hadapan.
Hakikatnya, umur bukan penghalang untuk seseorang bangkit kembali meraih impian dan harapan. Kekuatan emosi, spiritual dan fizikal juga amat penting. Orang terdekat memainkan peranan penting untuk terus beri dorongan ke arah positif dan membahagiakan,
Sumber Sirivat Voravetvuthikun : Daripada Broker Saham Menjadi Jutawan Sandwic.
0 Response to "Sirivat Voravetvuthikun : Daripada Broker Saham Menjadi Jutawan Sandwic."
Post a Comment