Siasatan tanah FELDA belum selesai - Peguam Negara

KUALA LUMPUR: Siasatan polis berhubung kes pemindahan empat bidang tanah milik FELDA dekat Jalan Semarak di sini masih belum selesai.

Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali dalam kenyataannya pada Khamis memaklumkan walaupun kertas siasatan sudah diterima namun ia masih belum selesai.

"Lambat lagi, kertas siasatan dirujuk kepada kami untuk mendapatkan arahan tertentu lebih terperinci yang tidak dapat saya dedahkan,

"Adalah tidak tepat untuk menyatakan polis menunggu arahan kami sama ada untuk membuat pertuduhan atau sebaliknya sedangkan siasatan masih berjalan dan belum lengkap," katanya dalam satu kenyataan.

BACA: Kertas siasatan tanah Felda diserah hari ini - KPN

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum ini menubuhkan pasukan khas untuk menjalankan siasatan berhubung kes kehilangan hak empat bidang tanah Felda di Jalan Semarak.

Felda pada 15 Januari lalu mengesahkan mendapat kembali hak milik tanah di Jalan Semarak selepas satu perjanjian persefahaman ditandatangani antara mereka dan Synergy Promenade Sdn Bhd (SPSB).



Sumber Siasatan tanah FELDA belum selesai - Peguam Negara

Related Posts :

0 Response to "Siasatan tanah FELDA belum selesai - Peguam Negara"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.