Saya ‘move on’ walau terguris dengan Dr M, kata Wan Azizah

Dr Wan Azizah menasihati pengundi supaya tidak memboikot pilihan raya kerana setiap undi adalah berharga. ― Foto oleh Ahmad ZamzahuriDr Wan Azizah menasihati pengundi supaya tidak memboikot pilihan raya kerana setiap undi adalah berharga. ― Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUANTAN, 27 Jan — Kempen #UndiRosak dilancarkan sejak 7 Januari lalu dipercayai dilakukan  pihak tertentu yang tidak bersetuju dengan cadangan melantik Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai perdana menteri jika Pakatan Harapan (PH) memenangi pilihan raya umum (PRU) akan datang.

Presiden Pakatan Harapan, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata bagaimanapun kempen berkenaan tidak akan menjejaskan sokongan terhadap PH oleh kerana ia bukanlah satu gerakan yang begitu dominan hingga boleh mempengaruhi keputusan PRU.

“Kita sepakat memilih Tun (Dr Mahathir) kerana faktor yang dimiliki beliau selama 22 tahun sebagai perdana menteri.

“Kalau ikutkan emosi atau perasan terguris dengan apa berlaku sebelum ini, saya adalah paling terjejas teruk.

“Tetapi, kita kena ‘move on’ kerana paling penting adalah masa depan negara ini,” katanya kepada pemberita selepas majlis penutupan  Konvensyen PH Pahang 2018, di sini, hari ini.

Sehubungan itu beliau menasihati para pengundi supaya tidak memboikot pilihan raya kerana setiap undi adalah berharga. — Bernama 



Sumber Saya ‘move on’ walau terguris dengan Dr M, kata Wan Azizah

Related Posts :

0 Response to "Saya ‘move on’ walau terguris dengan Dr M, kata Wan Azizah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.