Sarawak sasar kembali ke Liga Super tahun depan

KUCHING: Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) meletakkan sasaran untuk kembali beraksi dalam saingan Liga Super tahun depan selepas mempamerkan aksi mengecewakan sehingga tersingkir ke Liga Perdana tahun ini.

Presiden FAS Datuk Posa Majais berkata skuad Bujang Senang telah dibina semula dengan barisan pemain yang diyakini mampu membawa cabaran untuk mereka bangkit semula.

"Kegagalan tahun lalu menjadi pengajaran untuk pasukan kembali bangkit semula. Pemain yang terpilih dalam pasukan tahun ini dibentuk untuk membina semula keyakinan pasukan.

"Dalam masa yang sama kami memerlukan sokongan penyokong dan berharap mereka dapat hadir beramai-ramai ke stadium memberi semangat kepada pasukan," katanya dalam ucapan pada majlis memperkenalkan jersi baharu pasukan menggunakan jenama Starsport dan pemain di Mydin Petra Jaya di sini hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Menteri Pelancongan, Kesenian, Belia dan Sukan Sarawak Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah.

Pasukan Sarawak telah menggunakan jenama Starsport sejak 1994 akan menggunakan jersi berwarna putih bagi perlawanan di laman sendiri dan warna hijau bagi aksi di gelanggang lawan.

-- BERNAMA



Sumber Sarawak sasar kembali ke Liga Super tahun depan

Related Posts :

0 Response to "Sarawak sasar kembali ke Liga Super tahun depan"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.