Sah kes bakar kereta pegawai kastam ada unsur jenayah

Ketua Polis KL Datuk Mazlan Lazim meninjau kawasan kejadian empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan kastam terbakar, 24 Jan 2018. — Foto BernamaKetua Polis KL Datuk Mazlan Lazim meninjau kawasan kejadian empat kenderaan milik keluarga seorang pegawai kanan kastam terbakar, 24 Jan 2018. — Foto BernamaPUTRAJAYA, 29 Jan — Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) mengesahkan kes  empat kenderaan milik pegawai kanan kastam dan anggota keluarganya yang terbakar dalam kejadian di kuarters kerajaan di Presint 11 di sini minggu lalu mempunyai unsur jenayah.

Ketua Pengarahnya Datuk Seri Wan Mohd Nor Ibrahim berkata siasatan pihaknya mendapati cermin sebuah daripada kenderaan terbabit dipecahkan sebelum dicurah petrol dan dibakar.

“Memandangkan kebakaran itu ada melibatkan perbuatan jenayah maka JBPM menyerahkan perkara itu kepada pihak polis,” kata Wan Mohd Nor kepada pemberita di sini hari ini selepas  melawat unit pangsapuri perumahan  awam di Presint 16 yang terbakar semalam. 

Dalam kejadian  awal pagi 23 Jan lalu, empat kenderaan milik Penolong Kanan Pengarah Kastam Penguat Kuasa GST Jabatan Kastam Diraja Malaysia Nur Azman Mat Jini serta keluarganya yang diletakkan di hadapan kuarters kediaman beliau terbakar, dipercayai akibat perbuatan khianat.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, ACP Rosly Hassan sebelum ini dilaporkan berkata kertas siasatan terhadap kes berkenaan dibuka  di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan, iaitu khianat dengan api. — Bernama



Sumber Sah kes bakar kereta pegawai kastam ada unsur jenayah

0 Response to "Sah kes bakar kereta pegawai kastam ada unsur jenayah"

Post a Comment