RM200 juta selenggara rumah kos rendah

SERDANG: Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan memperuntuk dana RM200 juta bagi kos penyelenggaraan rumah kos rendah dan sederhana tahun ini.

Menterinya, Tan Sri Noh Omar, berkata pihaknya membelanjakan RM300 juta bagi tujuan sama tahun lalu, dengan RM160 juta daripadanya disalurkan kepada Selangor.

Beliau yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Selangor berkata, ia sekali gus mencerminkan komitmen kerajaan untuk memastikan kebajikan rakyat terus terbela, termasuk di Selangor walaupun ditabdir parti pembangkang.

"Barisan Nasional (BN) Selangor akan memasukkan cadangan pendidikan percuma sekolah rendah agama (SRA) di Selangor dalam manifesto kami pada pilihan raya umum (PRU) akan datang.

"Ia akan diberikan sama rata, tanpa memikikan latar belakang, semua layak (menerima pendidikan SRA). Kita akan beri buku teks, kitab (al-Quran) secara pinjaman kepada pelajar terbabit.

"Ini janji BN Selangor andai kata berjaya menawan negeri itu selepas PRU," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media majlis pelancaran Program Transformasi Sosial Dewan Undangan Negeri (DUN) Sri Serdang , di Flet Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) Sri Serdang, di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Penerangan BN Selangor yang juga Koordinator BN DUN Seri Serdang, Datuk Dr Mohamed Satim Diman.

Terdahulu, Noh dalam ucapannya berkata, beliau meluluskan peruntukan RM7 juta kos penyelenggaraan bumbung dan tangki air di flet berkenaan.

"Kita peruntuk RM5 juta bagi kos baiki bumbung dan RM2 juta lagi akan digunakan untuk kos selenggara tangki air masing-masing di 11 dan tujuh flet blok berkenaan.

"Kita juga ada dengar penduduk di sini (flet Sri Serdang) menyuarakan kebimbangan lot padang berdekatan akan digunakan Kerajaan Selangor untuk membina kondominium.

"Saya ingin beri jaminan kalau BN kembali mentadbir Selangor, kita akan pastikan padang itu kekal menjadi hak milik masyarakat setempat," katanya.



Sumber RM200 juta selenggara rumah kos rendah

Related Posts :

0 Response to "RM200 juta selenggara rumah kos rendah"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect