KUALA LUMPUR: Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India Selatan termasuk pelakon tersohor Rajinikanth dan Kamal Haasan.
Program yang bermula sekitar pukul 11.00 pagi itu dimulakan dengan persembahan satu Malaysia dan diikuti dengan perlawanan selebriti kriket antara bintang filem Tamil.
Perlawanan kriket juga diselitkan dengan persembahan nyanyian dan tarian yang menghiburkan sekitar 30,000 peminat tanah air yang hadir setakat pukul 4 petang tadi.
Meskipun ramai bintang filem Tamil popular yang diterbangkan khas dari India seperti Surya, Karthi, Vishal, Jeeva dan Sivakarthigeyan sudah menemui peminat, namun rakyat Malaysia masih dengan sabar menunggu kedatangan legenda filem Tamil 'Superstar' Rajinikanth dan Kamal Haasan.
Pesta hiburan anjuran Persatuan Artis India Selatan (SIAA), dengan kerjasama MyEvents International serta dengan sokongan Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia dijangka akan berlangsung sehingga 10 malam ini.
Selain kehadiran barisan pelakon terkenal India, acara tersebut akan turut disertai oleh enam pengarah muzik terkenal negara itu iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee.
-- BERNAMA
Sumber
Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Related Posts :
Bapa nakal rakam punggung guru ketika persembahan tarian anaknya di tadikaBapa nakal rakam punggung guru ketika persembahan tarian anaknya di tadika | INILAH yang berlaku akibat terlebih `gedik’. Seorang lelak… Read More...
Aplikasi Cangkul Warrior kini boleh didownload di Play StoreSEJAK kemunculannya di Play Store, hampir 1,000 pengguna telah memuat turut permainan Cangkul Warrior menerusi telefon pintar dan table… Read More...
Tahu tak punya masa panjang untuk hidup, ibu tenat ini rakam ucapan hari jadi untuk bayi perempuannya untuk selama 25 tahunMENYEDARI bahawa dirinya tidak mempunyai masa yang panjang untuk hidup, seorang ibu telah rakam ucapan hari jadi untuk bayi perempuan … Read More...
Bagaimana melembutkan isteri yang garang dan keras kepala, Felinna Nadea dan suami kongsi pengalamanBagaimana melembutkan isteri yang garang dan keras kepala, Felinna Nadea dan suami kongsi pengalaman | BERIKUT adalah luahan dan nasiha… Read More...
Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni!Tak dapat ikut sekali, nama kawan dibawa kelilingi Korea, bestnya dapat kawan macam ni! | KALAU dah nama kawan baik, pergi mana-mana pastiny… Read More...
0 Response to "Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil"
Post a Comment