SINGAPURA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak meluangkan masa beramah mesra dengan komuniti Malaysia di Singapura sempena menghadiri Sesi Pemukiman Pemimpin Malaysia-Singapura Kelapan, dekat sini.
Majlis itu dihadiri kira-kira 350 rakyat dan kakitangan Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura.
Berucap pada majlis itu, Najib menegaskan ekonomi negara berada pada landasan yang betul meskipun menghadapi pelbagai dakwaan negatif.
Katanya, ia dibuktikan lagi apabila Bank Negara Malaysia (BNM) sudah tiga kali menilai semula kadar pertumbuhan ekonomi kerana yakin negara mampu mencatat pertumbuhan lebih baik.
Beliau berkata, pengukuhan ringgit turut memberi petunjuk positif ke arah pertumbuhan ekonomi negara yang lebih baik.
Sehubungan itu, beliau yang juga Menteri Kewangan, berkata kerajaan akan mengekalkan polisi sedia ada termasuk menjalin hubungan baik dengan negara tetangga.
Katanya, dasar kerajaan yang digunakan pada masa ini termasuk berkaitan dalam negara atau peringkat antarabangsa adalah berdasarkan dasar yang boleh membawa manfaat kepada negara.
Sumber
PM bertemu komuniti Malaysia di Singapura
Related Posts :
Pelaburan RM100 billion Malaysia di AS mengejutkan, adakah membantu AS lebih penting dari membantu Sabah dan Sarawak membina jalan raya dan paip air?
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa Malaysia akan melabur sehingga AS$24 billion (RM100 billion) di Amerika Syarikat … Read More...
Kenapa Malaysia melabur RM100 bilion di AS? Ini jawapan PM Najib yang perlu anda tahu
Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat, terutama dalam perdagangan, bagi meningkatkan lagi perdagangan dan pe… Read More...
'Wajah suaminya yang sabar dan melayani isterinya itu takkan dapat saya lupakan'
Semalam pergi ke IKEA, tempat terapi bagi isteri. Rumah yang sekangkang kera, akan menjadi selapang syurga jika ada walau satu barang d… Read More...
'Ini video kedua, kami harap benda itu tak ganggu lagi selepas ini'
Susulan viral penghuni rumah sewa diganggu 'sesuatu' selama lima hari, Iskandar Zaidi, memuat naik video kedua yang jelas kedengaran b… Read More...
'Dia (scammer) marah bila saya beritahu amaun dalam akaun bank tinggal puluhan ringgit'
Saya baru saja tadi dapat telefom scam kononnya daripada IPD Putrajaya. Masa tengah elok kerja tadi, tiba-tiba nombor +603-8886 2222 i… Read More...
0 Response to "PM bertemu komuniti Malaysia di Singapura"
Post a Comment