Kejadian itu menimbulkan tanda tanya di kalangan penduduk kerana ia belum pernah berlaku sebelum ini.
Menurut penduduk yang menyuarakan kebimbangan keadaan itu akan menjejaskan habitat ikan, air Sungai Puyu Kiri itu mula bertukar menjadi merah sejak petang Sabtu.
"Kenapa air bertukar jadi merah? Kalau air dari kampung, selalunya akan jadi hitam atau kelabu. Ini jadi merah, pelik sikitlah," kata seorang penduduk Hasbullah Hashim.Mereka berharap pihak berkaitan dapat mengambil tindakan segera dan mencari punca kejadian itu berlaku.
Sementara itu, tinjauan Astro AWANI di kawasan sekitar mendapati ada pihak yang membuang sisa kilang berwarna merah ke dalam longkang.
Begitu juga, tong sampah yang berhampiran kilang dipercayai menjadi punca air sungai tersebut bertukar warna.
Sumber Penduduk kampung bimbang air sungai bertukar merah
0 Response to "Penduduk kampung bimbang air sungai bertukar merah"
Post a Comment