‘Pembangkang’ ambil sewa, MBMB urus dewan penduduk

Idris berkata selepas proses baik pulih dan ambil alih selesai, dewan yang dibina sejak empat tahun lepas itu akan dibuka semula untuk kegunaan rakyat setempat. — Foto BernamaIdris berkata selepas proses baik pulih dan ambil alih selesai, dewan yang dibina sejak empat tahun lepas itu akan dibuka semula untuk kegunaan rakyat setempat. — Foto BernamaMELAKA, 27 Jan — Kerajaan Negeri Melaka telah mengarahkan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) untuk membaiki dan mengambil alih pengurusan Dewan Serbaguna Rumah Awam Pulau Gadong di Klebang di sini demi kepentingan rakyat setempat.

Ketua Menteri Datuk Seri Idris Haron berkata pihaknya menerima banyak aduan dewan itu disewakan untuk aktiviti persendirian dan majlis perkahwinan pada harga tinggi RM800 dan persatuan penduduk yang didakwa penyokong pembangkang disyaki menggunakan wang itu untuk aktiviti politik pembangkang.

“Perkara ini sama sekali tidak boleh diterima kerana ia membabitkan soal kebajikan penduduk yang sepatutnya mendapat manfaat daripada pembinaan dewan tersebut.

“Mereka juga didapati tidak menggunakan pendapatan daripada sewaan untuk membaiki kerosakan di dewan tersebut,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Dewan Taman Paya Rumput Perdana di sini, hari ini.

Beliau berkata selepas proses baik pulih dan ambil alih itu selesai, dewan yang dibina sejak empat tahun lepas menerusi peruntukan kerajaan pusat itu akan dibuka semula untuk kegunaan rakyat setempat pada harga lebih berpatutan iaitu RM300.

Sementara itu, Datuk Bandar MBMB Datuk Zainal Hussin berkata MBMB telah memberikan tempoh masa yang mencukupi sehingga 15 Januari lepas kepada persatuan penduduk berkenaan menyerahkan kunci dewan itu tetapi masih belum berbuat demikian. — Bernama 



Sumber ‘Pembangkang’ ambil sewa, MBMB urus dewan penduduk

Related Posts :

0 Response to "‘Pembangkang’ ambil sewa, MBMB urus dewan penduduk"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect
This website attempted to run a cryptominer in your browser. Click here for more information.