KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mempertingkatkan kawalan keselamatan di semua lokasi sambutan perayaan Thaipusam yang akan disambut penganut Hindu pada 31 Januari ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun, dalam satu kenyataan, berkata ia bagi memastikan tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku yang boleh mengganggu gugat perayaan terbabit.
Beliau pada masa sama meminta para pengunjung yang berada di lokasi sambutan supaya memberi kerjasama kepada pihak polis bagi memastikan kelancaran sambutan tanpa dicemari sebarang pelanggaran undang-undang dan peraturan ditetapkan.
"Kita turut memohon kerjasama masyarakat untuk segera melaporkan kepada polis jika mempunyai sebarang maklumat atau mengesan sebarang insiden boleh menjejaskan keselamatan pengunjung ketika sambutan perayaan terbabit," katanya.
Sumber PDRM tingkat keselamatan sempena Thaipusam
0 Response to "PDRM tingkat keselamatan sempena Thaipusam"
Post a Comment