PADANG RENGAS: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz yakin Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) akan diadakan selepas April depan.
Menteri Pelancongan dan Kebudayaan itu berkata, ini kerana mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan Rabu lalu telah memutuskan Parlimen akan bersidang bagi sesi keenam bermula 5 Mac sehingga 4 April depan.
“Saya sebut PRU14 ini mungkin selepas April sebab Rabu lepas, Jemaah Menteri memutuskan bahawa Parlimen diadakan sesi keenam yang akan bermula pada 5 Mac hingga 4 April.
“Jadi kalau Parlimen sedang bersidang jarang sekali dibubar melainkan sudah habis sidang baru bubar.
“Sebab itu saya berani kata PRU selepas bulan empat dan Parlimen akan habis secara automatik bulan enam iaitu tarikh bermula Parlimen ke-13,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
BACA: Tarikh PRU14 tular: SPR nafi, sifatkan tidak munasabah
Mandat Kerajaan Persekutuan diterajui Barisan Nasional akan berakhir 24 Jun 2018 dan PRU14 perlu diadakan dalam tempoh 60 hari selepas tarikh itu.
Pada November lalu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi bayangan PRU14 bakal diadakan selepas perayaan Tahun Baru Cina nanti.
Sumber
Nazri yakin PRU14 selepas April
Related Posts :
Video transformasi Aamir Khan dari gemuk ke sasa jadi viralVideo transformasi Aamir Khan dari gemuk ke sasa jadi viral | VIDEO pelakon Bollywood, Aamir Khan dari gemuk ke sasa menjadi viral selepas d… Read More...
Taktik mengaku pencinta haiwan dan bela kucing liar dirumah terbongkar, rupanya sembelih 100 kucing setiap sehariSeorang lelaki yang mendakwa dia pencinta haiwan dan memelihara kucing liar di rumahnya ditangkap kerana menyembelih haiwan itu dan menjual … Read More...
Pengawal peribadi mengamuk tembak Datuk M rupanya baru sehari kerjaPengawal peribadi yang menembak mati tiga mangsa termasuk majikannya yang bergelar Datuk di Lebuh raya Tun Dr Lim Chong Eu, di sini, s… Read More...
Pakcu Baharin tak kebal lagi setelah 20 tahun diburuSekian lama menjadi buruan, lelaki warga emas yang disyaki mengetuai ajaran sesat di negeri ini, Baharin Saleh, 89, atau lebih dikenali seba… Read More...
Ibu Syukur Anak Selamat Daripada Maut
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar melawat Mohamad Amirul di ICU, Hospital Pulau Pinang, kelmarin. (Gambar: Polis Diraja Malaysia… Read More...
0 Response to "Nazri yakin PRU14 selepas April"
Post a Comment