MB digantung seumur hidup?

KUALA LUMPUR: "Ia hanya penggantungan biasa seperti kad merah lain!

Itu reaksi Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd Amin berkenaan dakwaan Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan yang mengatakan digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

Hamidin berkata ia bukan masalah berat yang membolehkan Presiden PBNS itu menerima hukuman lebih berat.

"Kalau itu yang berlaku, ia kad merah sama seperti kejadian lain. Seperti kebiasaan, ia dianggap selesai selepas beliau (Mohamad) habis menjalani penggantungan satu atau dua perlawanan," katanya ketika dihubungi hari ini.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Exco kerajaan negeri, hari ini, Mohamad berkata beliau digantung seumur hidup daripada bermain bola sepak oleh PBNS selepas dilayangkan kad merah dalam satu perlawanan kira-kira 40 tahun lalu.

GAMBAR viral Mohamad ketika mewakili pasukannya, NS Malays pada 1977.

Kejadian itu dikatakan berlaku ketika final liga tempatan pada 1977, membabitkan pasukan diwakili Mohamad NS Malays dengan NS Indians.

Mohamad yang beraksi di posisi pertahanan berkata pada mulanya beliau dilayangkan kad kuning kerana mengasari pemain kebangsaan, G Torairaju namun selepas itu pengadil perlawanan terus melayangkan kad merah kepadanya kerana membantah dan menendang bola sehingga terkena pengadil bertugas.



Sumber MB digantung seumur hidup?

Related Posts :

0 Response to "MB digantung seumur hidup?"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect