Lesap RM20,000, beg direntap ketika solat jemaah (VIDEO)

Seorang pencuri mengambil beg wanita di saf belakang sebelum merentap beg mangsa kedua yang kerugian RM20,000 di Masjid Kota, Kota Baru 16 Januari 2017. — Foto ihsan Facebook/Mohd Shah Rim Seorang pencuri mengambil beg wanita di saf belakang sebelum merentap beg mangsa kedua yang kerugian RM20,000 di Masjid Kota, Kota Baru 16 Januari 2017. — Foto ihsan Facebook/Mohd Shah Rim KOTA BARU, 18 Jan — Beg tangan wanita, berisi barang kemas dan tunai RM3,000, direntap ketika solat berjemaah menyebabkan warga emas itu kerugian RM20,000.

Insiden 6.33 pagi berlaku sewaktu wanita 74 tahun itu sujud ketika solat subuh di Masjid Kota di sini kelmarin, lapor Harian Metro.

Imam tua masjid itu berkata warga emas tersebut menyedari begnya yang diletakkan bawah kerusi direntap lalu menjerit “pencuri... beg aku”.

“Jeritannya disedari kami dan ada beberapa jemaah lelaki berhenti solat dan cuba mengejar, tetapi tidak sempat,” kata Muhamad Lokman Zakaria. 

Berdasarkan rakaman CCTV di masjid berkenaan, suspek berbaju gelap dan berhud hitam, mulanya gagal mencuri beg tangan wanita di saf belakang.

“Ketika sujud kedua dia melangkah dua saf untuk mengambil beg tangan warga emas terbabit di saf paling depan,” katanya.  

Muhamad kesal kecurian berlaku kali kedua, selepas pembesar suara hilang tahun lalu dan menasihatkan jemaah tidak membawa barangan berharga ke masjid. 

Sementara itu, mangsa yang enggan dikenali berkata beliau membawa barang itu ke masjid kerana bimbang berlaku kecurian di rumahnya.

“Saya reda dan percaya ada hikmahnya. Kejadian ini tidak mematahkan semangat saya ke masjid,” katanya, yang enggan membawa bawa beg lagi selepas ini.



Sumber Lesap RM20,000, beg direntap ketika solat jemaah (VIDEO)

Related Posts :

0 Response to "Lesap RM20,000, beg direntap ketika solat jemaah (VIDEO)"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect