Lagi tunjuk perasaan meletus di Tehran

TEHRAN: Tunjuk perasaan baru meletus malam ini, sehari selepas 10 orang terbunuh dalam keganasan di seluruh negara.

Insiden terkini itu dilaporkan berlaku di ibu negara walaupun Presiden Hassan Rouhani sudah berikrar untuk mengambil tindakan ke atas semua penunjuk perasaan dan pihak yang melanggar undang-undang.

Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump dilaporkan turut berulang kali mengkritik Tehran susulan tunjuk perasaan yang memasuki hari keempat itu dan berkata, sudah tiba masanya untuk Iran melakukan perubahan pada pucuk pimpinan manakala rakyat negara itu pula semakin dahagakan kebebasan.

Larangan penyebaran berita masih berkuat kuasa namun media sosial melaporkan, beberapa pasukan polis yang lengkap bersenjata dilihat memenuhi beberapa jalan utama di sini.

Sebelum ini enam orang dilaporkan terbunuh dalam tembakan di pekan Tuyserkan, manakala dua lagi maut ditembak di pekan Izeh.

Dua lagi mangsa terdiri daripada remaja lelaki, meninggal dunia selepas dilanggar sebuah jentera bomba yang dicuri penunjuk perasaan di pekan Dorud. - AFP



Sumber Lagi tunjuk perasaan meletus di Tehran

Related Posts :

0 Response to "Lagi tunjuk perasaan meletus di Tehran"

Post a Comment

Recent Post With Sliding Effect